Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Yayasan Bank Rakyat 2024 Online

Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Yayasan Bank Rakyat 2024 Online|BILAKAH tarikh permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik Yayasan Bank Rakyat 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Yayasan Bank Rakyat tahun 2024 bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. Untuk makluman anda, permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik Bank Rakyat 2024 boleh dibuat secara online mulai 4 Jun 2024 hingga 30 Ogos 2024 melalui Portal Rasmi Yayasan Bank Rakyat.

Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Yayasan Bank Rakyat 2024 Online

Sedia maklum, Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) ini ialah satu Anugerah yang diwujudkan bagi menghargai pencapaian cemerlang graduan dalam bidang akademik khususnya bagi graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang memperolehi PNGK 3.50 dan ke atas. Insentif sebanyak RM1,000 diberikan kepada graduan yang melepasi syarat kelayakan permohonan secara tidak langsung mendorong para graduan untuk terus maju dan cemerlang pada masa hadapan sejajar dengan objektif Yayasan Bank Rakyat untuk mempromosikan pengayaan pengetahuan, pembelajaran kreatif serta peningkatan taraf sosioekonomi bagi golongan yang kurang berkemampuan.

Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Yayasan Bank Rakyat 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik Yayasan Bank Rakyat beserta syarat kelayakan permohonan & semakan keputusan:

Syarat Kelayakan Anugerah Kecemerlangan Akademik Bank Rakyat 2024

Antara Syarat Kelayakan Anugerah Kecemerlangan Akademik Bank Rakyat adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah graduan bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana daripada IPTA/IPTS yang diiktiraf.

2. Memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.50 dan keatas.

3. Telah mendapat Transkript Penuh / Surat Tamat Pengajian (Surat Senat) bagi graduan yang bergraduat dari tempoh Januari 2022 sehingga Ogos 2024.

4. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun pada masa tarikh tutup permohonan.

5. Pemohon yang tamat pengajian di luar negara perlu terlebih dahulu mendapatkan kesetaraan keputusan yang disahkan daripada Universiti dengan memperoleh kepujian kelas pertama PNGK 3.50 dan ke atas.

6. Pemohon hanya layak menerima anugerah ini 1 Kali SAHAJA seumur hidup.

Cara Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik Bank Rakyat 2024 Online

1. Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik Yayasan Bank Rakyat boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi Portal Yayasan Bank Rakyat (YBR) di https://application.yayasanbankrakyat.com.my.

2. Klik pada butang "Pendaftaran Pengguna" untuk permohonan buat kali pertama.

3. Kemudian, isikan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.

4. Login semula akaun menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada butang "Log Masuk".

Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Yayasan Bank Rakyat 2024 Online

Semakan Keputusan Anugerah Kecemerlangan Akademik Bank Rakyat 2024

1. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel dan panggilan telefon, tertakluk kepada kelulusan pengurusan Yayasan Bank Rakyat.

2. Yayasan Bank Rakyat akan mengumumkan pemohon yang berjaya pada bila bila masa selepas tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Yayasan Bank Rakyat, sila e-melkan kepada Jabatan Penajaan Pendidikan ppbu@yayasanbankrakyat.com.my atau layari laman web Yayasan Bank Rakyat di www.yayasanbankrakyat.com.my.

Selamat membuat Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik Yayasan Bank Rakyat tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.