Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2020

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2020|ADAKAH anda ingin membuat permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN bagi tahun 2020? Panduan buat para pelajar yang ingin membuat permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN bagi melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA). Berikut dikongsikan cara permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun 2020 secara online buat rujukan anda.

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2019

Untuk makluman anda, permohonan WPP PTPTN adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT. Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan aplikasi permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN 2020 Online

1. Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

Syarat Kelayakan Permohonan WPP PTPTN

Antara syarat-syarat kelayakan WPP PTPTN adalah seperti berikut:

1. Penjaga pelajar/ pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);

2. Warganegara Malaysia;

3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam & Politeknik; dan

4. Tiada hutang WPP

Artikel Berkaitan:

👉 Jadual Tarikh Kemasukan Duit PTPTN 2020

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 - 2080 4455 atau layari Portal Rasmi di https://www.ptptn.gov.my

Selamat membuat Permohonan WPP PTPTN tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.