Semakan WPP PTPTN 2024 Online (Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500)

Semakan WPP PTPTN 2024 Online (Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500)|ADAKAH anda peminjam Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Perhatian buat anda peminjam WPP yang ingin membuat semakan status permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun 2024 secara online. Untuk makluman anda, semakan WPP PTPTN 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Laman Web PTPTN.

Semakan WPP PTPTN 2019 Online

Sedia maklum, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pemotongan sebanyak RM500.00 dilakukan setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik. PTPTN telah menyediakan peruntukan berjumlah RM64.42 juta kepada seramai 42,946 pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian peringkat Diploma di IPTA bagi kemasukan sesi Julai 2023.

Semakan WPP PTPTN 2024 Online (Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500)

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan Cara Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN termasuk cara menunaikan:

Cara Semakan WPP PTPTN 2024 Online

1. Sekiranya anda layak, WPP PTPTN boleh ditunaikan di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa beberapa dokumen seperti berikut:

◾Surat tawaran WPP yang boleh dicetak secara online di Portal Rasmi PTPTN
◾MyKad pelajar (wakil tidak dibenarkan)

2. Semakan tawaran WPP PTPTN boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang kanta di sebelah kotak No Kad Pengenalan.

4. Status tawaran WPP PTPTN akan dipaparkan di screen anda.

Cara Menunaikan WPP PTPTN

1. WPP PTPTN boleh ditunaikan di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh negara mulai 18 Julai 2023 sehingga 18 September 2023 dengan membawa surat tawaran WPP beserta MyKad pelajar. *Wakil adalah TIDAK DIBENARKAN

Syarat Pemberian WPP PTPTN

Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN ini diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang layak seperti berikut:

1. Telah memberi persetujuan menerima WPP semasa memohon melalui UPUOnline atau kemasukan IPTA

2. Ibu bapa atau penjaga pelajar merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

3. Memenuhi kriteria yang ditetapkan

4. Para pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian melalui Portal Rasmi PTPTN mengikut tarikh permohonan yang ditetapkan bagi setiap IPTA untuk memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sewajarnya

5. Pelajar yang ingin memohon PTPTN perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
 

Tempoh Sahlaku WPP PTPTN 2024

1. Tempoh sahlaku WPP PTPTN tahun 2023 adalah selama 2 bulan bermula 18 Julai 2023 hingga 18 September 2023.

Semakan WPP PTPTN 2023 Online (Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500)

Artikel Berkaitan:

👉 Jadual Tarikh Kemasukan Duit PTPTN
👉 Permohonan WPP PTPTN

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak PTPTN di talian 03 - 2193 3000 atau melayari Portal Rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my.

Selamat membuat Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.