Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2024 Online (Semakan Status)

Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2024 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Pegawai Kadet Graduan ATM 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) sehingga tarikh tutup 30 April 2023 menerusi laman sesawang https://jmt.mod.gov.my.

Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2021 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, ATM telah mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM termasuk syarat kelayakan dan semakan status:

Cara Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2024 Online

1. Layari laman sesawang JMT menerusi pautan di https://jmt.mod.gov.my/index.php untuk permohonan secara atas talian (online).

2. Calon juga dikehendaki memajukan resume dan salinan dokumen peribadi seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, transkrip Ijazah, gambar ukuran passport, nombor telefon dan email ke pengambilanpegatm@gmail.com.

Syarat Kelayakan Pegawai Kadet Graduan ATM 2024

Antara syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet lepasan Ijazah adalah seperti berikut:

1. Jantina. Lelaki dan wanita.

2. Umur. Tidak melebihi 27 tahun pada 30 April 2023

3. Taraf kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

4. Kelayakan Akademik.

i. Kelulusan Asas. Lulus SPM/ SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan, Bahasa Inggeris dan Matematik.
ii. Kelulusan Pengajian Tinggi. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas.
iii. Jurusan diperlukan. Sila layari laman web JOMMASUKTENTERA untuk keperluan senarai jurusan yang ditawarkan.

5. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

Iklan Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2024

Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2023 Online (Semakan Status)

Semakan Status Pegawai Kadet Graduan ATM 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Status Pegawai Kadet Graduan ATM tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03 - 20714524/5120/2391 atau layari Portal Rasmi Angkatan Tentera Malaysia di http://www.mafhq.mil.my/.

Selamat membuat Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM ambilan 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Pegawai Kadet Graduan ATM!

No comments

Powered by Blogger.