Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) 2019 Online

Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) 2019 Online|BILAKAH tarikh permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) tahun 2019 dibuka? Panduan buat anda berminat membuat permohonan kemasukan ke Program Asrama Malaysia ambilan 2019. Untuk makluman anda, permohonan Asrama Malaysia (AMal) 2019 kini telah dibuka secara online menerusi Laman Web KPM.

Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) 2019 Online

Sedia maklum, permohonan kemasukan murid ke Program Asrama Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2019 dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2018 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara dan kepada semua murid Tingkatan 3 tahun 2018 yang bersekolah di semua sekolah menengah di seluruh negara.

Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Program Asrama Malaysia

Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:

Bagi Tingkatan 1: 30 November 2018
Bagi Tingkatan 4: 29 Disember 2018

Cara Permohonan Program Asrama Malaysia

1. Pemohon perlu muat turun borang permohonan menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-Hadrian

2. Pemohon perlu mengisi borang dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.

3. Permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.

4. Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan boleh dihantar kepada Urusetia Pengambilan Murid Amal 2019 melalui saluran berikut:                                                                                    a. Melalui Sekolah Semasa                                                                 
Pemohon hantar kepada pihak sekolah, pihak sekolah hantar kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Putrajaya

b. Melalui Sekolah Asrama Malaysia (AMal)

Pemohon menghantar terus ke 4 buah sekolah Asrama Malaysia (AMal) secara pos atau serahan tangan kepada:

- Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur; atau
- SMK (P)  Sultan Ibrahim, Johor Bharu, Johor; atau
- Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; atau
- Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak

c. Kementerian Pendidikan Malaysia :

Pemohon menghantar secara pos atau secara serahan tangan kepada:

Unit Pengurusan Asrama Harian
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Syarat Kelayakan Permohonan Program Asrama Malaysia

Antara syarat kelayakan permohonan Program Asrama Malaysia seperti berikut:

1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja.

2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana.
3. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.

4. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

- Sijil lahir / Kad pengenalan  pemohon dan ibu bapa (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).
- Keputusan UPSR  bagi permohonan ke Tingkatan 1 atau PT3 bagi permohonan ke Tingkatan 4 (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).
- Sijil-Sijil Akademik , Kokurikulum dan sijil-sijil lain.
- Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga dan Pengesahan oleh  Suruhanjaya  Sumpah / Ketua Kampung  atau Penghulu sekiranya tiada slip gaji.
- Dokumen Sokongan untuk ibu atau bapa tunggal.
- Dokumen Sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibubapa bercerai.

Selamat membuat Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.