Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) tahun 2024 bakal dibuka? Panduan buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Asrama Malaysia Tingkatan 1 ambilan 2024. Untuk makluman anda, permohonan Asrama Malaysia 2024 dibuka secara online mulai 2 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024 menerusi Laman Web KPM. Berikut dikongsikan Permohonan Asrama Malaysia 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, permohonan kemasukan murid ke Program Asrama Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2024 dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2023 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara dan kepada semua murid Tingkatan 3 tahun 2023 yang bersekolah di semua sekolah menengah di seluruh negara.

Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Asrama Malaysia beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Program Asrama Malaysia 2024 Online

1. Layari laman web menerusi pautan di https://drive.google.com/file/d/1oW4rFncSRpylRE-2h1I3d-l5Yv65TCRa/view.

2. Kemudian, muat turun borang permohonan dan isikan borang permohonan dengan lengkap.

3. Sediakan dokumen yang diperlukan dan hantar borang permohonan ke Asrama Malaysia pilihan pertama sahaja ke alamat:

Asrama Malaysia Kuala Lumpur,
Victoria Institution
Jalan Hang Tuah, 55200
Kuala Lumpur.

Asrama Malaysia Johor,
SMK(P) Sultan Ibrahim
Jalan Bendahara, 80100
Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Asrama Malaysia Sabah,
Maktab Sabah
Peti Surat 10548,
88806 Kota Kinabalu, Sabah.

Asrama Malaysia Sarawak,
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang
Jalan Bunga Tanjung 2, Tanjong
Lobang, 98000 Miri, Sarawak.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah seperti berikut:

1. Sijil lahir/Kad Pengenalan permohonan dan ibu bapa.

2. Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2022 bagi permohonan ke Tingkatan 1.
Sijil-sijil Akademik, Kokurikulum dan sijil-sijil lain.

3. Slip Gaji/Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga, atau pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Penghulu sekiranya tiada slip gaji.
Dokumen sokongan untuk ibu atau bapa tunggal (jika berkaitan).

4. Dokumen sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibu bapa bercerai (jika berkaitan).

Lokasi Sekolah 

- Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur; atau
- SMK (P)  Sultan Ibrahim, Johor Bharu, Johor; atau
- Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; atau
- Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak

Syarat Kelayakan Permohonan Program Asrama Malaysia 2024

Antara syarat kelayakan permohonan Program Asrama Malaysia seperti berikut:

1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja.

2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana.
3. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.

4. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

- Sijil lahir / Kad pengenalan  pemohon dan ibu bapa (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).
- Keputusan UPSR  bagi permohonan ke Tingkatan 1 atau PT3 bagi permohonan ke Tingkatan 4 (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).
- Sijil-Sijil Akademik , Kokurikulum dan sijil-sijil lain.
- Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga dan Pengesahan oleh  Suruhanjaya  Sumpah / Ketua Kampung  atau Penghulu sekiranya tiada slip gaji.
- Dokumen Sokongan untuk ibu atau bapa tunggal.
- Dokumen Sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibubapa bercerai.

Semakan Keputusan Program Asrama Malaysia 2024 Online

*Akan dikemaskini

Selamat membuat Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan Asrama Malaysia!

1 comment:

  1. Bagaimana saya hendak membuat semakan kelayakan?saya ada buat permohonan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.