Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2023 (Tingkatan 1 & 4)
Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2023 (Tingkatan 1 & 4)|BILAKAH tarikh permohonan Imtiaz Terengganu tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar UPSR yang berminat membuat permohonan kemasukan ke SM Imtiaz Yayasan Terengganu ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Imtiaz Terengganu 2023 dijangka akan dibuka secara online pada bulan November 2022 menerusi Laman Web Rasmi Imtiaz Terengganu.
Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2023 (Tingkatan 1 & 4)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Imtiaz Terengganu Tingkatan 1 & 4 beserta syarat kemasukan:Cara Permohonan Imtiaz Terengganu 2023 Online
1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi Imtiaz Terengganu secara online menerusi pautan seperti berikut:KLIK 👉 *Akan dikemaskini
Syarat Kemasukan Imtiaz Terengganu 2023
Antara syarat kelayakan permohonan Imtiaz Yayasan Terengganu adalah seperti berikut:1. Mendapat minimum 4A 2B dalam UPSR 2022
2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
◾Ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
◾Ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
3. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan jawi.
4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
5. Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut Imtiaz Terengganu, sila hubungi di:PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
Tingkat 3, Bangunan Yayasan Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu,
Malaysia.
No. Telefon: 09-6221733
No. Faks: 09-6232944
Selamat membuat permohonan Imtiaz Yayasan Terengganu Tingkatan 1 & 4 tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Imtiaz Terengganu!
Assalamualaikum..anak saya terlepas tarikh ujian..boleh mintak balik permohonan
ReplyDelete