Kemaskini Permohonan UPU 2024 Online

Cara Kemaskini Permohonan UPU 2024 Online|ADAKAH anda telah memohon kemasukan ke UPU Online sesi 2024? Bagaimana cara membuat pengemaskinian permohonan UPU ambilan tahun 2024? Menerusi Portal Rasmi UPUOnline, kemaskini permohonan UPU sesi 2024/2025 boleh dibuat secara online mulai 27 Julai 2023 (Hari Khamis) jam 12:00 tengahari hingga 31 Julai 2023. Berikut dikongsikan Cara Kemaskini UPU Online 2024 buat rujukan anda.

Kemaskini Permohonan UPU 2018 Online

Sedia maklum, pastikan sebelum anda membuat permohonan UPU, pastikan anda perlu ketahui terlebih dahulu kategori permohonan UPU bagi lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf. Bagi yang ingin membuat semakan keputusan UPU sesi 2024, sila rujuk Semakan Keputusan UPU.

Kemaskini Permohonan UPU 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara kemaskini permohonan UPU 2024 Lepasan SPM/ STPM secara online:

Tarikh Penting Kemaskini UPU Sesi 2024

◾Lepasan SPM: Mulai 11 hingga 13 Jun 2023
◾Lepasan STPM: Mulai 27 Julai 2023 jam 12:00 tengahari hingga 31 Julai 2023

Cara Kemaskini Permohonan UPU 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UPUOnline secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

2. Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.

3. Klik pada butang "Log Masuk" seperti biasa.

4. Lakukan pengemaskinian pada ruangan yang dikehendaki sahaja seperti maklumat diri dan akademik.

5. Selepas selesai membuat kemaskini maklumat, klik pada butang "SAH dan HANTAR".

Permohonan Rayuan UPU 2024/2025 Online

1. Bagi pemohon yang gagal atau tidak berjaya mendapat sebarang panggilan UPU 2024, anda boleh membuat rayuan UPU menerusi Laman Web Rasmi UPU pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Kemaskini Permohonan UPU 2023 Online

Artikel berkaitan:

👉 Tarikh Penting Permohonan UPU

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut permohonan UPUONLINE, sila layari laman web rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my.

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hotline UPU: 03 - 8684 2363
E-mel: upu@mohe.gov.my

Semoga perkongsian Cara Kemaskini Permohonan UPU tahun 2024 ini memudahkan anda membuat pengemaskinian UPUONLINE secara online!

1 comment:

  1. Laman web utk kemaskini permohonan tk dpt knapa eh?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.