Permohonan UC TATI 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan UC TATI 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan University College TATI 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar lepasan SPM, Sijil, STPM, ASASI/Matrikulasi, Diploma, DVM dan SVM yang ingin melanjutkan pengajian bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ke University College TATI (UC TATI) ambilan September 2023. Untuk makluman anda, permohonan UC TATI 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi UC TATI. Berikut dikongsikan Permohonan UC TATI 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan UC TATI 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, UC TATI merupakan IPTS yang memulakan operasinya pada tahun 1993 yang dahulunya dikenali sebagai Terengganu Advanced Technical Institute (TATI). Penubuhan kolej universiti ini bukan sahaja merupakan inisiatif kerajaan negeri tetapi juga hasil kerjasama kerajaan persekutuan dan syarikat swasta. Program-program di UC TATI terutamanya tertumpu kepada 70% teori praktikal dan 30% dalam bidang Teknologi Pengilangan, Teknologi & Automasi Elektrik, Teknologi Kimia dan Teknologi Komputer & Media. Program-program ini akan menghasilkan pakar dalam Pembuatan Alat & Die, Reka Bentuk Alat & Die, Pemesinan CNC, Mekatronik, Robotik, Elektronik & Instrumentasi, Polimer dan Rangkaian Komputer (CISCO).

Permohonan UC TATI 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan UC TATI termasuk syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan UC TATI 2023 Online

1. Permohonan kemasukan UC TATI September 2023 boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://ecampus.tatiuc.edu.my/pelajar/apply.php.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan diruangan yang disediakan dan klik pada butang "Next".

Manfaat Kemasukan UC TATI

Antara manfaat yang bakal diperoleh pelajar ke UC TATI adalah seperti berikut:

1. RM200 Elaun sara hidup setiap bulan pengajian
2. Asrama sepanjang pengajian
3. Biasiswa Sukan:
– RM200 bagi pelajar sukan yg mewakili Sukma atau Negeri
– RM200 Elaun sara hidup setiap bulan pengajian
4. Bantuan awal persediaan (Maidam dan Yayasan Terengganu).
5. Pinjaman pelajaran akan diuruskan
6. Pinjaman MARA bagi Program Ijazah Sarjana Muda terpilih.

Semakan Keputusan UC TATI 2023 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan UC TATI ambilan 2023:

*Akan dikemaskini

Permohonan UC TATI 2023 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UC TATI, sila layari laman web UC TATI di https://www.tatiuc.edu.my/.

University College TATI (UC TATI)
Kampus TATIUC, Teluk Kalong,
24000 Kemaman,Terengganu, Malaysia.

Emel: pr@uctati.edu.my
No. Tel: +609 8601000
No. Fax: +609 8635863

Semoga perkongsian Permohonan UC TATI ambilan 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.