Permohonan SMT 2023 Online (Sekolah Menengah Teknik)

Permohonan SMT 2023 Online (Sekolah Menengah Teknik)|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Menengah Teknik tahun 2023 bakal dibuka? Panduan buat anda lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2021 yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Januari 2023. Menerusi Portal Rasmi KPM, permohonan Sekolah Menengah Teknik 2023 bakal dibuka secara online pada 30 September 2022. Berikut dikongsikan Permohonan SMT 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan SMT 2021 Online (Sekolah Menengah Teknik)

Selain SMT, terdapat juga Kolej Vokasional yang turut membuat tawaran kemasukan ambilan Januari 2023. 

Permohonan SMT 2023 Online (Sekolah Menengah Teknik)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan SMT beserta syarat kemasukan:

Tarikh Penting Permohonan SMT 2023

◾Tarikh Dibuka: 30 September 2022
◾Tarikh Ditutup: 30 November 2022

Cara Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2023 Online

1. Pemohon perlu layari ke laman Aplikasi Permohonan menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://spskt4.moe.gov.my

Syarat Kemasukan SMT 2023

Berikut adalah syarat umum kelayakan permohonan SMT ambilan 2023:

1. Warganegara
2. Sihat dan Sesuai Fizikal
3. Bebas dari Penyakit Kronik
4. Tingkatan 3 tahun 2021

Maklumat lanjut untuk sebarang informasi boleh dirujuk:

1. Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan
2. Syarat Permohonan
3. Carta Alir Permohonan
4. Info Kursus
5. Panduan Permohonan
6. FAQ

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SMT, pemohon boleh hubungi BPTV di:

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(U.P: Unit Pengambilan dan Pertukaran Murid di Talian 03-88845154/ 5088 /5067 5089/ 5094

Selamat membuat Permohonan Sekolah Menengah Teknik ambilan 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik!

No comments

Powered by Blogger.