Permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson tahun 2023 bakal dibuka? Untuk makluman anda, Yayasan Lion-Parkson telah membuka tawaran biasiswa kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi menerusi Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023. Permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 dibuka secara online sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2023 menerusi Portal Rasmi Lion Parkson. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 diberikan kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Matlamat biasiswa ini diwujudkan adalah bertujuan untuk melahirkan kumpulan profesional muda Malaysia yang berkaliber tinggi dan berkemahiran untuk meningkatkan potensi mereka menjadi peneraju perniagaan dan industri bagi masa depan Malaysia.


Permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Yayasan Lion-Parkson 2023 termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 Online

1. Layari Portal Rasmi Lion Parkson secara online menerusi pautan di https://lionind.com.my/lpfscholarship/Home/Application.

2. Kemudian, klik pada ‘Click Here to Apply.’

3. Klik bahagian ‘Not Register Yet? Click Here.’

4. Seterusnya, isikan maklumat borang permohonan yang diperlukan dan klik pada butang ‘Register.’

5. Login akaun dengan memasukkan Nama Penuh dan No Kad Pengenalan yang disahkan. Lengkapkan borang permohonan yang diperlukan sehingga selesai.


Bidang Tajaan

- Perakaunan

- Pengajian Perniagaan/ Perdagangan

- Pentadbiran Korporat

- Pengurusan Sumber Manusia

- Pengurusan Runcit

- Kejuruteraan

- Sains Komputer/Teknologi Maklumat

- Hartanah/ Hartanah/Pengurusan Bangunan/Ukur Bahan


Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023

Antara syarat kelayakan untuk mohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya:

– 3 A dan 1 B dalam STPM

– PNGK 3.40 dan ke atas dalam Matrikulasi atau peringkat Diploma

– Minimum 5A dalam UEC

– Minimum 1A dan 2 B bagi peringkat A-Levels

– Pemarkahan 85% dan ke atas bagi peringkat Matrikulasi

2. Cemerlang dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum.

3. Pemohon tidak boleh terikat atau menerima sebarang bentuk bantuan kewangan atau tajaan daripada institusi atau organisasi pendidikan lain.


Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023

1. Semakan keputusan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Lion-Parkson.

Permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson, sila layari laman web di https://lionind.com.my/lpfscholarship

Lion-Parkson Foundation

Level 14, Lion Office Tower

No. 1 Jalan Nagasari

50200 Kuala Lumpur

No. Tel: 603-2142 0155

No. Fax: 603-2148 1036 / 603-2142 8409

Email: corpcomm@lion.com.my

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yayasan Lion-Parkson!

No comments

Powered by Blogger.