Permohonan SRA JAIM 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan SRA JAIM 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan SRA JAIM tahun 2024/2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Rendah Agama JAIM (SRA) ambilan tahun 2024/2025. Untuk makluman anda, permohonan SRA JAIM 2024 boleh dibuat secara online mulai 3 April 2023 hingga tarikh tutup 31 Ogos 2023. Berikut dikongsikan Permohonan SRA JAIM 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan SRA JAIM 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, SRA JAIM merupakan institusi pendidikan peringkat rendah di bawah pengurusan JAIM. JAIM merupakan institusi yang bertanggungjawab bagi mentadbir Hal Ehwal Agama Islam di Melaka yang ditubuhkan pada 28 September 1960. JAIM juga turut berperanan dalam membangunkan institusi pendidikan Agama Islam melalui penubuhan SRA JAIM. Ia berperanan dalam memberikan pendidikan kepada murid-murid terutamanya pendidikan berkaitan dengan agama Islam di peringkat rendah.


Permohonan SRA JAIM 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan SRA JAIM 2024/2025 termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Senarai SRA JAIM Di Malaysia

1. Senarai sekolah ini di seluruh Melaka boleh dirujuk melalui pautan https://jaim.gov.my/pendidikan/.


Syarat Kelayakan SRA JAIM 2024/2025

Antara Syarat kelayakan permohonan SRA JAIM 2024/2025 adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018


Cara Permohonan SRA JAIM 2024/2025 Online

1. Layari laman web IEMS Melaka secara online menerusi pautan di https://iems.melaka.gov.my.

2. Kemudian, klik pada bahagian 'Daftar Ibu Bapa/Penjaga'.

3. Masukkan email yang disahkan dan klik pada “Daftar”.

4. Klik pautan yang diberikan dalam email anda tersebut.

5. Seterusnya, lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul.

Permohonan SRA JAIM 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)


Semakan Keputusan SRA JAIM 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan SRA JAIM 2024/2025 Online:

1. Layari laman web IEMS secara online menerusi pautan di https://iems.melaka.gov.my.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SRA JAIM, sila layari laman web JAIM di https://jaim.gov.my/

Semoga perkongsian Permohonan SRA JAIM tahun 2024/2025 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke SRA JAIM!

No comments

Powered by Blogger.