Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) ambilan tahun 2023 bakal dibuka? Untuk makluman anda, Darul Quran telah membuka permohonan bagi individu yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 Tahun 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, STM merupakan sijil yang diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran. Program ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran dan permohonan boleh dibuat sebelum 19 Mei 2023. Yuran permohonan yang dikenakan adalah sebanyak RM150 bagi setiap permohonan. Objektif pelaksanaan STM ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada golongan penghafaz al-Quran dan memberi galakan kepada masyarakat Islam di Malaysia menghafaz al-Quran.


Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2023 Online

1. Layari Laman Web Darul Quran JAKIM secara online menerusi pautan di https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=770.

2. Kemudian, klik pada bahagian Borang Permohonan.

3. Isikan maklumat borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul. Anda juga perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan.

Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2023 Online (Semakan Keputusan)

4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan beserta kiriman wang sebanyak RM150.00 ke alamat seperti berikut:-

Pengarah

Darul Quran JAKIM

Jalan Hamzah, Ampang Pecah

44000 Kuala Kubu Bharu

Selangor Darul Ehsan

(u.p:Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)


Kaedah Penilaian

Terdapat 3 kaedah penilaian yang perlu dilalui oleh para calon iaitu:

A. Ujian Syafawi al-Quran (30 juz)

B. Ujian Tahriri al-Quran (30 juz)

C. Ujian Bertulis Pengetahuan Agama Islam


Syarat Kelayakan Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2023

Antara Syarat Kelayakan Sijil Tahfiz Malaysia 2023 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 17 tahun dan ke atas

3. Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran

4. Mengemukakan surat pengesahan/rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi’


Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:

1. Sekeping gambar ukuran pasport (dilekatkan pada borang).

2. Satu salinan kad pengenalan yang disahkan.

3. Satu salinan sijil tamat hafazan 30 juzuk/surat pengesahan hafazan 30 juzuk/rekod hafazan 30 juzuk yang disahkan.


Semakan Keputusan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2023 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Sijil Tahfiz Malaysia 2023 Online:

1. Layari Portal Rasmi Darul Quran JAKIM menerusi pautan di https://www.darulquran.gov.my/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan STM, sila layari laman web Darul Quran di https://www.darulquran.gov.my/ atau hubungi urus setia melalui talian 019-9350857 (Ustazah Fathin Nadhirah binti Saadon)/ 019-2424543 (Ustaz Mohd Zainudin bin Wan Yusoff)/ 013-5095249 (Ustaz Abdul Hakim bin Mohamad Nadzri)

Selamat membuat Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) tahun 2023 ini. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke STM!

No comments

Powered by Blogger.