Permohonan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan Murid Tahun 1 SRA JAWI ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan ke Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024 boleh dibuat secara online mulai 1 hingga 31 Mei 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan membuka permohonan bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Tahun 1 di Sekolah Rendah Agama (SRA JAWI) tahun 2024/2025. SRA JAWI merupakan institusi pendidikan di bawah JAWI yang menyediakan pendidikan agama peringkat rendah bermula daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6. Murid-murid yang bersekolah di sekolah SRA JAWI ini kemudiannya akan mengikuti Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) bagi melengkapkan persekolahan mereka di sekolah tersebut.


Permohonan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Murid Tahun 1 SRA JAWI termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Syarat Kelayakan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025

Antara Syarat kelayakan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025 adalah seperti berikut:

- Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018

- Secara dalam talian sahaja


Senarai Sekolah SRA JAWI

- Senarai sekolah ini di seluruh Wilayah Persekutuan boleh dirujuk melalui pautan di https://www.jawi.gov.my/index.php/component/institution/items.


Cara Permohonan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025 Online

1. Layari pautan permohonan secara online di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdDCOQKRO_h0yFFjHB5N4hL2LvcF5Or7BHHT_W36RNPOnHDTA/viewform.

2. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap diruangan yang disediakan dan klik butang ‘Next’ dalam setiap paparan.

3. Setelah semua maklumat diisi dengan lengkap, klik pada butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.


Semakan Keputusan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024 Online:

*Akan dikemaskini

Permohonan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SRA JAWI Tahun 1, sila layari laman web JAWI di https://www.jawi.gov.my/ atau di talian 03 - 2274 9333.

Semoga perkongsian Permohonan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.