Harga Tiket Konsert Coldplay Malaysia 2023 (Tarikh Jualan & Cara Beli)

Harga Tiket Konsert Coldplay Malaysia 2023 (Tarikh Jualan & Cara Beli)|BERAPAKAH harga tiket konsert Coldplay Malaysia? Panduan buat anda yang ingin ketahui harga dan tarikh jualan tiket konsert Coldplay di Malaysia tahun 2023. Untuk makluman anda, harga tiket bagi konsert kumpulan rock British Coldplay di Malaysia akan dijual antara harga RM228 ke RM3,088. Harga itu diumumkan dalam laman web Go Live-Asia sebagai penjual rasmi tiket untuk persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Berikut dikongsikan Harga Tiket Konsert Coldplay Di Malaysia 2023 buat rujukan anda.

Harga Tiket Konsert Coldplay Malaysia 2023 (Tarikh Jualan & Cara Beli)

Sedia maklum, untuk pakej VIP, selain RM3,088, terdapat juga harga lain iaitu RM2108 dan RM1258. Pemegang tiket ini akan diberikan pengalaman lawatan ke belakang pentas, melalui pintu masuk khusus, diberikan barang eksklusif serta hadiah yang direka khas. Konsert Coldplay akan diadakan pada 22 November 2023 di Kuala Lumpur bersempena Jelajah Dunia Coldplay yang turut membuat persembahan di Jepun, Taiwan, Indonesia dan Australia.


Harga Tiket Konsert Coldplay Malaysia 2023 (Tarikh Jualan & Cara Beli)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Tiket Konsert Coldplay Di Malaysia termasuk tarikh jualan tiket dan cara beli:


Harga Tiket Konsert Coldplay Malaysia 2023

Berikut dikongsikan Harga Tiket Konsert Coldplay Malaysia 2023 yang bermula antara RM228 ke RM3,088:

◾Ultimate Experience (VIP 1) - RM3,088

◾My Universe (VIP 2) - RM 2,108

◾Higher Power (VIP 3) - RM 1,258

◾CAT 1 - RM 1,288

◾CAT 2 - RM 758

◾CAT 3 (Standing) - RM 658

◾CAT 4 - RM 598

◾CAT 5 - RM 498

◾CAT 6 - RM 398

◾CAT 7 - RM 228

Harga Tiket Konsert Coldplay Malaysia 2023 (Tarikh Jualan & Cara Beli)


Tarikh Jualan Tiket Konsert Coldplay Malaysia 2023

1. Tiket prajualan akan mula dijual pada Selasa 16 Mei bagi pemegang kad CIMB secara eksklusif dari 10 pagi hingga 11.59 malam kerana CIMB merupakan rakan kerjasama untuk menjayakan konsert tersebut.

2. Manakala jualan tiket selebihnya akan dibuka pada 17 Mei.

3. Menurut laman web Go Live-Asia, setiap transaksi hanya dihadkan kepada empat tiket dan tidak boleh dijual semula atau ditawarkan untuk dijual semula.


Cara Beli Tiket Konsert Coldplay Malaysia 2023

A. CIMB Bank Cardholder Exclusive Presale (Mulai 16 Mei 2023 - 10 a.m hingga 11.59 p.m)

1. Layari ke www.golive-asia.com atau muat turun aplikasi GoLive Ticketing.

2. Klik "Login" dan masukkan butiran log masuk anda atau “Register” jika anda adalah pengguna baharu.

 3. Klik pada halaman acara Coldplay, dan klik pada butang "Buy Now".

 4. Anda akan dialihkan ke halaman tiket.  Jika skrin anda berwarna putih, tunggu sebentar dan klik muat semula.

 5. Masukkan 6 digit pertama nombor kad kredit/debit CIMB anda untuk mendapatkan akses kepada prajualan.

 6. Pilih tempat duduk yang anda inginkan dan isikan butiran peserta dengan betul sebelum meneruskan ke halaman pembayaran.

 7. Teruskan pembayaran dengan kad kredit/debit CIMB Malaysia anda.

B. General On Sale (Mulai 17 Mei 2023)

1. Pergi ke www.golive-asia.com atau muat turun aplikasi GoLive Ticketing.

 2. Klik “Login” dan masukkan butiran log masuk anda atau “Register” jika anda adalah pengguna baharu.

 3. Klik pada halaman acara Coldplay, dan klik pada butang "Buy Now".

 4. Pilih tempat duduk yang anda inginkan dan isikan butiran peserta dengan betul sebelum meneruskan ke halaman pembayaran.

Semoga perkongsian Harga Tiket Konsert Coldplay Di Malaysia ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.