Harga ASUS ROG Ally Malaysia 2023 (Spesifikasi Penuh)

Harga ASUS ROG Ally Malaysia 2023 (Spesifikasi Penuh)|BERAPAKAH harga terkini ASUS ROG Ally 2023? Panduan buat anda yang ingin ketahui harga ASUS ROG Ally 2023 di pasaran Malaysia. Untuk makluman anda, ASUS mengatakan bahawa untuk beberapa pasaran tertentu seperti Amerika Syarikat, konsol ROG Ally ini akan dijual mulai 13 Jun pada harga $599 untuk model dengan SoC AMD Ryzen Z1, manakala model dengan AMD Ryzen Z1 Extreme, ia akan dijual pada harga $699 (RM3124). Berikut dikongsikan Harga ASUS ROG Ally Malaysia 2023 untuk rujukan anda.

Harga ASUS ROG Ally Malaysia 2023 (Spesifikasi Penuh)

Sedia maklum, konsol mudah alih yang bakal menjadi persaing kepada Steam Deck iaitu ASUS ROG Ally telahpun dijadualkan akan dilancarkan pada 11 Mei ini. ASUS ROG Ally didatangkan dengan cip AMD Z1 Extreme dimana ia merupakan model dengan spesifikasi tertinggi dalam siri ROG Ally. Terdapat satu lagi model dengan spesifikasi lebih rendah yang dijana dengan cip AMD Z1. Selain itu, ROG Ally yang dikatakan sebagai persaing kepada Steam Deck dijangka akan hadir dengan paparan 120Hz FHD yang turut menyokong kecerahan puncak 500 nits dan juga AMD FreeSync Premium. Dijana dengan cip siri AMD Ryzen Z1 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB PCIe Gen 4.


Harga ASUS ROG Ally Malaysia 2023 (Spesifikasi Penuh)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga ASUS ROG Ally 2023 Di Malaysia termasuk spesifikasi penuh:


Harga Terkini ASUS ROG Ally 2023 Di Malaysia

- ASUS mengatakan bahawa untuk beberapa pasaran tertentu seperti Amerika Syarikat, konsol ROG Ally ini akan mula dijual pada 13 Jun pada harga $599 untuk model dengan SoC AMD Ryzen Z1, manakala model dengan AMD Ryzen Z1 Extreme, ia akan dijual pada harga $699 (RM3124).

- Ia dijangka bahawa kedua-dua pilihan ini juga akan memasuki pasaran Malaysia kelak, tetapi diberitahu bahawa ia hanya akan mula dijual sekitar suku ketiga tahun ini (Julai/Ogos 2023) dimana tanda harganya juga akan ditetapkan kelak.

Harga ASUS ROG Ally Malaysia 2023 (Spesifikasi Penuh)


Spesifikasi Penuh ASUS ROG Ally (2023)

Antara spesifikasi dan ciri-ciri ASUS ROG Ally 2023 adalah seperti berikut:

◾ROG Ally hadir dengan dua model yang dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 dan juga AMD Ryzen Z1 Extreme.

◾AMD Z1 hadir dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa Zen 4, manakala AMD Ryzen Z1 Extreme menawarkan lapan teras dan 16 bebenang kuasa.

◾Dari segi grafik, SoC Z1 tampil dengan empat teras RDNA 3, manakala Z1 Extreme memperkenalkan 12 teras RDNA 3 tersebut.

◾Dari segi penawaran memori dan storan, kedua-dua model juga hadir dengan 16GB memori dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 512GB yang boleh dilanjutkan menggunakan storan MicroSD.

◾Dari segi paparan, ROG Ally hadir dengan paparan IPS bersaiz 7.0 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 120Hz yang boleh dimanfaatkan oleh beberapa permainan tertentu. Kebanyakan permainan yang boleh digerakkan pada konsol ini boleh digerakkan pada resolusi Full HD dan kadar segar semula 60FPS tanpa masalah.

◾Pembesar suara pula menggunakan Stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari, sistem penyejukan ROG Intelligent Cooling, slot mikro SD, menyokong pelbagai akesori ROG dan lain-lain. 

◾Konsol ini dimuatkan dengan sistem operasi Microsoft Windows 11 yang membolehkannya untuk menyokong pelbagai jenis platform permainan digital, termasuklah Steam, GoG, Epic Games Store, Xbox Store dan sebagainya.

◾Pengguna boleh menggunakan perisian Armory Crate untuk mengakses permainan-permainan yang dipasang secara cepat dan mudah.

◾Pengguna juga boleh menggunakan unit GPU luaran ROG XG-Mobile untuk menyambungkan ROG Ally ini kepada sebuah kad grafik yang berkuasa dan menggunakannya sebagai sebuah komputer desktop kelas gaming yang cukup berkuasa.

Harga ASUS ROG Ally Malaysia 2023 (Spesifikasi Penuh)


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan spesifikasi penuh ASUS ROG Malaysia, sila rujuk DISINI.

Semoga perkongsian Harga ASUS ROG Ally tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.