Semakan Keputusan STAM 2022/2023 Online (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Semakan Keputusan STAM 2022/2023 Online (Sijil Tinggi Agama Malaysia)|ADAKAH anda calon peperiksaan STAM bagi tahun 2022? Bilakah tarikh semakan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022/2023? Perhatian buat calon yang ingin ketahui cara semakan keputusan peperiksaan STAM tahun 2022. Menerusi Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), semakan keputusan STAM 2022 boleh dibuat secara online mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan STAM 2022/2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan STAM 2022/2023 Online (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Sedia maklum, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merupakan satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

Semakan Keputusan STAM 2022/2023 Online (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Berikut dikongsikan maklumat merangkumi tarikh dan aplikasi semakan keputusan STAM 2022/2023 secara online dan SMS:

Tarikh Keputusan STAM 2022 Diumumkan

◾Tarikh Semakan: 18 April 2023
◾Aplikasi Semakan: 

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM

Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:

PERINGKAT                    TAKRIF

Mumtaz                        Cemerlang
Jayyid Jiddan        Sangat Baik
Jayyid                             Baik
Maqbul                             Lulus
Rasib                            Gagal

Cara Semakan Keputusan STAM Tahun 2022/2023

Berikut dikongsikan 3 kaedah semakan keputusan STAM yang akan diumumkan pada 18 April 2023:

A. SEMAKAN DI SEKOLAH

- Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

- Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

B. SEMAKAN SECARA ONLINE

- Calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara online menerusi pautan https://myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM mulai pukul 10 pagi pada 18 April 2023.

C. SEMAKAN MELALUI SMS

- Kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2022 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 18 April 2023.

Semakan Keputusan STAM 2022/2023 Online (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Semakan Keputusan STAM 2022/2023 Online (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan keputusan STAM, sila hubungi di:

Emel: khidmatbantu.lp@moe.gov.my
No. Tel: 03-8884 3402 / 3304 / 3306 / 3307 / 3309
Laman Web: http://lp.moe.gov.my

Selamat membuat semakan keputusan STAM tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang STAM!

No comments

Powered by Blogger.