Cara Kira GPA & CGPA UITM 2024 (Gred Markah)

Cara Kira GPA & CGPA UITM 2024 (Gred Markah)|ADAKAH anda pelajar UiTM? Bagaimana cara pengiraan GPA dan CGPA UITM? Perhatian buat pelajar UiTM yang ingin ketahui cara pengiraan pointer dan GPA & CGPA UITM tahun 2024 berdasarkan PNG iaitu Purata Nilai Gred dan PNGK iaitu Purata Nilaian Gred Keseluruhan. Berikut dikongsikan Cara Pengiraan GPA dan CGPA UITM tahun 2024 buat rujukan anda.

Cara Kira GPA & CGPA UITM 2023 (Gred Markah)


Sedia maklum, Pointer atau Gred Markah merupakan merit yang ditentukan oleh pihak universiti atau sekolah berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh pelajar. Pengiraan pointer ini adalah berbeza-beza mengikut tahap institusi pelajaran seperti kiraan pointer UiTM berbeza dengan kiraan pointer MRSM, Matrikulasi, Universiti Awam dan STPM. 

Cara Kira GPA & CGPA UITM 2024 (Gred Markah)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Pengiraan Pointer dan Gred Markah CGPA UITM 2024 termasuk cara pengiraan, gred kertas dan wajaran dahulu:

Sistem Gred, Mata Nilaian Dan Purata Nilai Gred (PNG)

1. Cara kiraan pointer atau Gred Markah UiTM adalah berdasarkan PNG iaitu purata nilai gred dan PNGK iaitu total purata nilai gred.

2. Keputusan akhir semua kursus pengkhususan dinyatakan dalam bentuk gred seperti dalam jadual dibawah. Gred C merupakan gred LULUS minimum manakala Gred C- sehingga F adalah GAGAL.

Cara Kira GPA & CGPA UITM 2023 (Gred Markah)

Perbezaan Antara GPA & CGPA UITM

A. Gred Point Average (GPA)

Gred Point Average (GPA) atau mudah dikenali sebagai Purata Nilaian Gred merupakan markah dan gred pelajar untuk setiap semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarab dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil.

Formula Pengiraan:

PNG = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit)/ Jumlah Kredit

B. Cumulative Gred Point Average (CGPA)

Cumulative Gred Point Average (CGPA) atau dikenali sebagai Purata Nilaian Gred Keseluruhan adalah markah keseluruhan bagi semua semester yang telah diambil. Jumlah pointer dari semester satu dan akan di campurkan dengan semua semester sehingga semester akhir.

Gred Markah CGPA UITM

Setiap markah yang diperolehi dalam setiap subjek akan diberikan gred dan pointer. Kaedah penilaian CGPA bagi setiap universiti di Malaysia adalah berbeza-beza bergantung kepada ketetapan universiti.

Contoh Pengiraan GPA dan CGPA UiTM

Subjek  Kredit Gred  Mata Nilai  Jumlah Mata
                                                                 Nilai

Subjek 1     3       B    3.00          9.00
Subjek 2     3       A    4.00         12.00
Subjek 3     4       B    3.00         12.00
Subjek 4     4       A    4.00         16.00
Subjek 5     2       B    3.00          6.00
Subjek 6     2       A    4.00          8.00

Pengiraan GPA Bagi Semester 1:

GPA = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit)/ Jumlah Kredit
GPA = (9.00+12.00+12.00+16.00+6.00+8.00)/ (3+3+4+4+2+2)
GPA (Semester 1) = 3.50

Subjek  Kredit Gred  Mata Nilai  Jumlah Mata
                                                                 Nilai

Subjek 1     3       C    2.00          6.00
Subjek 2     3       A    4.00         12.00
Subjek 3     4       B+    3.00         12.00
Subjek 4     4       A    4.00         16.00
Subjek 5     2       C    2.00          4.00
Subjek 6     2       A    4.00          8.00

Pengiraan GPA Bagi Semester 2:

GPA = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit)/ Jumlah Kredit
GPA = (6.00+12.00+12.00+16.00+4.00+8.00)/ (3+3+4+4+2+2)
GPA (Semester 2) = 3.22

Penerangan:
- Untuk mengira CGPA pula, GPA semester 1 adalah sama CGPA semester 1 kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1 iaitu 3.50.
- Untuk pengiraan CGPA bagi semester 2, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.
- Sebagai contoh:-
CGPA Semester 2 = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester/Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
- Kiraan GPA = 63+58/18+18
- Makna, CGPA bagi semester 2 adalah 3.36

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UiTM, sila layari Portal UiTM di https://uitm.edu.my/.

Semoga perkongsian Cara Kira CGPA UITM tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.