Cara Daftar Time Internet 2024 Online (Harga & Terminate Langganan)

Cara Daftar Time Internet 2024 Online (Harga & Terminate Langganan)|APA itu Time Fibre Internet? Bagaimana cara daftar Time Internet secara online? Bagaimana cara terminate langganan Time Internet? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara daftar dan batalkan langganan TIME Internet tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Daftar Time Internet 2024 Online buat rujukan anda. 

Cara Daftar Time Internet 2023 Online (Harga & Terminate Langganan)

Sedia maklum, TIME dotCom merupakan syarikat telekomunikasi Malaysia yang mula beroperasi pada tahun 2001 yang menfokuskan perkhidmatan melibatkan rangkaian domestik, rangkaian antarabangsa, pusat data dan awan. Pengkhususan ini memberi manfaat kepada individu di dalam industri pasaran runcit, perusahaan dan borong. Time Fibre Internet juga menawarkan pelan jalur lebar yang terpantas dengan kadar kelajuan sehingga 2Gbps.


Cara Daftar Time Internet 2024 Online (Harga & Terminate Langganan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Time Internet termasuk senarai pakej, cara bayar dan terminate langganan Time Internet:


Cara Daftar Time Internet 2024 Online

A. Untuk Kediaman:

1. Layari pautan TIME Fiber di https://time-internet.com.my/ms/memohon-time-fibre/.

2. Kemudian, pilih pada PAKEJ RUMAH.

3. Pada bahagian PILIH TIME FIBRE PAKEJ PERIBADI, isikan maklumat seperti berikut:

◾Tempoh Kontrak – 24 bulan

◾Memilih Tarikh Pemasangan – Hari Kerja/Sabtu pagi

◾Pakej Internet – Pilihan Pakej anda inginkan

◾Pakej Panggilan – berdasarkan pilihan anda

4. Pada bahagian "MAKLUMAT PEMOHON", isikan butiran anda pada ruangan yang disediakan.

5. Pastikan anda memuat naik Gambar Kad Pengenalan anda (Depan & Belakang).

6. Pada bahagian "SEMAK KETERSEDIAAN TIME FIBRE – ALAMAT PEMASANGAN", isikan tentang Alamat kediaman anda.

7. Seterusnya Tick pada ruangan Terma & Syarat. Semak kembali borang permohonan anda, sekiranya betul tekan pada HANTAR.


B. Untuk Bisnes:

1. Layari pautan TIME Fiber di https://time-internet.com.my/ms/memohon-time-fibre/.

2. Kemudian, pilih pada "PAKEJ PERNIAGAAN".

3. Pada PILIH TIME FIBRE PAKEJ PERIBADI, isikan maklumat seperti Tempoh Kontrak, Memilih Tarikh Pemasangan & Pakej Internet.

4. Pada bahagian MAKLUMAT SYARIKAT, isikan maklumat berkaitan Syarikat anda. Pastikan anda muat naik dokumen diperlukan sebagai pengesahan.

5. Pada "MAKLUMAT PEMOHON", isikan butiran anda pada ruangan yang disediakan.

6. Pastikan anda memuat naik gambar Kad Pengenalan anda (Depan & Belakang). 

7. Pada SEMAK KETERSEDIAAN TIME FIBRE – ALAMAT PEMASANGAN, isikan berkaitan Alamat kediaman anda. Tick pada ruangan Terma & Syarat.

8. Seterusnya, semak kembali borang permohonan anda, sekiranya betul tekan pada butang HANTAR.


Senarai Pakej Internet Time Fibre Plan 2024

Pakej pelan yang ditawarkan oleh syarikat Time kepada pengguna terbahagi kepada dua iaitu untuk tujuan persendirian atau kegunaan rumah dan perniagaan. Berikut merupakan antara pakej-pakej pelan yang ditawarkan:

A. Pelan Bagi Kediaman

100Mbps      500Mbps      1Gbps       2Gbps

RM99        RM139      RM199      RM379

Cara Daftar Time Internet 2023 Online (Harga & Terminate Langganan)

Cara Daftar Time Internet 2023 Online (Harga & Terminate Langganan)


Cara Bayar Time Bill Payment Online

- Pelanggan yang melanggan mana-mana pakej jalur lebar bersama Time Internet boleh memilih kaedah pembayaran yang disediakan oleh pihak Time.

- Pembayaran time internet payment boleh dibuat menerusi aplikasi Time, Self Care di portal rasmi Time, menerusi perbankan internet, debit secara terus daripada akaun bank, di mesin ATM Maybank atau Public Bank, menerusi kaunter cawangan Time dan juga Pos Malaysia.

- Pelanggan boleh memilih mana-mana kaedah bill pembayaran time payment yang memudahkan pelanggan membuat pembayaran bil termasuk melalui online internet banking menerusi pautan di https://selfcare.time.com.my.

Cara Daftar Time Internet 2023 Online (Harga & Terminate Langganan)

- Pelanggan perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Kemudian, klik pada butang “Sign In”.

- Pelanggan perlu klik pada butang “Pay Now” untuk membuat pembayaran melalui perbankan secara atas talian.

- Setelah pembayaran dibuat, notifikasi pembayaran berjaya akan masuk ke telefon pengguna.


Cara Terminate Langganan Time Internet 2024 Online

Berikut dikongsikan Cara Terminate Langganan Time Internet secara online:

1. Pada papan dashboard Self Care, klik pada Manage Plan > Terminate Service untuk mengisi borang dan menyerahkan permintaan anda.


Soalan Lazim Time Internet 

1. Bagaimana ketahui sekiranya TIME terdapat di kawasan saya?

Servis internet TIME pada masa kini hanya menyediakan sambungan kepada bangunan dengan unit bertingkat (contoh: kondominium dan apartmen) di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Anda boleh memeriksa liputan internet TIME untuk periksa adakah kawasan anda kini dalam liputan TIME.

2. Apa yang saya perlu buat untuk dapatkan liputan TIME dalam kawasan saya?

Beritahu kepada TIME DISINI atau bertanya kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Pengurusan Korporat (MC) bangunan anda untuk berhubung terus melalui talian hotline 1800-18-1818 atau cs@time.com.my

3. Bolehkah saya memohon langganan TIME Broadband lebih daripada satu?

Boleh. Sila hubungi TIME di talian 1800-18-1818 atau emel cs@time.com.my untuk maklumat lanjut.

4. Apakah cara pembayaran bil TIME Internet?

eBill: Dihantar ke emel anda.

Bil fizikal (RM5 sebulan): Dihantar ke alamat surat menyurat anda.

5. Bagaimana jika saya ingin membayar bil TIME?

Anda boleh membayar secara online melalui Self Care, Quickpay, dan TIME Internet App juga boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store serta Huawei App Gallery.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Time Internet, sila hubungi di talian 1800-18-1818 atau emel ke alamat cs@time.com.my 

Semoga perkongsian Cara Daftar Time Internet secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.