Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPU (2024)

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPU (2024)|APA itu Akreditasi MQA? Bagaimana cara mendapatkan salinan cetakan Akreditasi MQA untuk UPU? Panduan buat anda lepasan asasi (foundation IPTS) atau diploma yang ingin membuat permohonan untuk kemasukan ke Universiti Awam bagi pengajian ijazah pertama. Untuk makluman anda, sebelum pemohon mengesahkan permohonan UPU, anda wajib memuat naik beberapa salinan dokumen yang bercetakan tanda cop sebagai bahan bukti permohonan. Anda wajib memuat naik salinan cetakan akreditasi daripada MQA. Berikut dikongsikan Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPU 2024 buat rujukan anda.

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPU (2023)

Sedia maklum, Salinan Cetakan Akreditasi MQA seperti yang dikehendaki UPU, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah merujuk kepada maklumat kelayakan yang telah diperoleh serta akan digunakan sebagai syarat dalam permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.


Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPU (2024)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA Untuk UPU Online:


Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA Online

1. Anda perlu layari laman rasmi MQA secara online menerusi pautan di http://www2.mqa.gov.my/mqr/CAkreditasi.cfm.

2. Kemudian, lihat disudut sebelah kiri dan klik Carian Kata Kunci (TUKAR KE BAHASA MELAYU).

3. Masukkan kata kunci yang bersesuaian di bawah ruangan Nama Kelayakan dan Nama IPT (sebahagian/nama penuh).

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPU (2023)

4. Seterusnya, klik pada ikon Papar untuk program yang dikehendaki.

5. Cetak maklumat program atau kelayakan yang dipaparkan (cetakan terus maklumat akreditasi tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa program atau kelayakan telah memperoleh Akreditasi MQA).

6. Setelah selesai cetak Akreditasi MQA, anda boleh muat naik salinan akreditasi ini ke laman permohonan UPUONLINE.

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPU (2023)

Info Penting:

- Senarai program pengajian daripada Politeknik yang diletakkan di bawah Politeknik – Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, 62505 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah turut meliputi semua program yang sama dijalankan di mana-mana cawangan Politeknik yang lain.

- Bagi pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Asasi IPTA TIDAK perlu mendapatkan salinan cetakan akreditasi ini.


Artikel berkaitan:

👉 Permohonan UPUOnline

Semoga perkongsian Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPU ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.