Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA 2023 Online (Setiap Negeri)

Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA 2023 Online (Setiap Negeri)|BILAKAH tarikh permohonan jawatan kosong Guru KAFA tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan jawatan kosong Guru KAFA setiap negeri tahun 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA 2023 Online (Setiap Negeri)

Sedia maklum, KAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan mengguna pakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kelas ini adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.


Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA 2023 Online (Setiap Negeri)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Setiap Negeri 2023 Online termasuk syarat kelayakan dan kadar bayaran:


Tarikh Permohonan Jawatan Guru KAFA 2023

Tarikh permohonan adalah mengikut tawaran yang ditawarkan pada setiap negeri. Anda boleh menyemak pautan Jabatan Agama Islam bagi negeri masing-masing.

Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA 2023 Online (Setiap Negeri)

Info Penting:

*Senarai jawatan kosong Guru KAFA yang ditawarkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa


Cara Permohonan Guru KAFA Setiap Negeri 2023

Berikut dikongsikan senarai pautan bagi permohonan Guru KAFA Setiap Negeri tahun 2023:

◾Permohonan Guru KAFA Perlis 2023

◾Permohonan Guru KAFA Pulau Pinang 2023

◾Permohonan Guru KAFA Perak 2023

◾Permohonan Guru KAFA Kedah 2023

◾Permohonan Guru KAFA Kelantan 2023

◾Permohonan Guru KAFA Pahang 2023

◾Permohonan Guru KAFA Terengganu 2023

◾Permohonan Guru KAFA Melaka 2023

◾Permohonan Guru KAFA Selangor 2023

◾Permohonan Guru KAFA Negeri Sembilan 2023

Permohonan Guru KAFA Johor 2023

◾Permohonan Guru KAFA Sarawak 2023

◾Permohonan Guru KAFA Sabah 2023


Syarat Kelayakan Guru KAFA

Syarat kelayakan asas yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Sihat tubuh badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan atau Pergigian Berdaftar;

4. Pemohon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan berikut:

- Kepujian dalam Bahasa Melayu (sekurangnya Gred C).

- Merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kepujian dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.

- Berpengetahuan dalam bacaan Al-Quran dan tulisan jawi; dan

- Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).

Info Penting:

*Syarat khusus tertakluk kepada Jabatan Agama Islam bagi negeri masing-masing


Panduan Permohonan Guru KAFA 2023 Online

1. Klik pada pautan Jabatan Agama Islam Negeri anda.

2. Kemudian, klik pada pautan permohonan Guru KAFA (akan dibuka sekiranya terdapat tawaran kekosongan)

3. Isikan borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan lengkap.

4. Seterusnya, muat naik dokumen yang diperlukan pada ruangan disediakan. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan anda.


Kadar Bayaran Elaun Guru KAFA

- Elaun guru KAFA akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM. 

- Caruman KWSP yang ditetapkan adalah 9% dan caruman PERKESO pekerja yang dipotong daripada elaun pekerja.

Semoga perkongsian Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA tahun 2023 ini dijadikan rujukan anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Guru KAFA!

No comments

Powered by Blogger.