Borang HIV Test KKM 2024 Seluruh Negeri (Ujian Saringan Pra Perkahwinan)

Borang HIV Test KKM 2024 Seluruh Negeri (Ujian Saringan Pra Perkahwinan)|ANDA ingin buat HIV Test (Ujian Saringan Pra Perkahwinan) bagi tahun 2024? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan tahun 2024 di seluruh Malaysia. Berikut dikongsikan Borang HIV Test KKM 2024 Seluruh Negeri buat rujukan anda.

Borang HIV Test KKM 2023 Seluruh Negeri (Ujian Saringan Pra Perkahwinan)

Sedia maklum, mulai 1 Januari 2021, anda perlu menggunakan borang permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan yang baru dan akan digunakan di seluruh Malaysia. Saringan HIV bagi bakal pengantin dikalangan orang Islam adalah wajib dan antara perkara yang perlu dilakukan sebelum melakukan pernikahan mulai tahun 2009.


Borang HIV Test KKM 2024 Seluruh Negeri (Ujian Saringan Pra Perkahwinan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Borang Permohonan HIV Test Ujian Saringan Pra Perkahwinan tahun 2024 Seluruh Negeri termasuk cara Temujanji Ujian Saringan HIV:


Permohonan Borang HIV Test KKM 2024 Seluruh Negeri

1. Anda boleh mendapatkan borang permohonan ujian saringan HIV Test 2024 Pra Perkahwinan seluruh negeri samada di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur KL, Putrajaya, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menerusi pautan dibawah ini:-

KLIK 👉 Borang Ujian Saringan HIV KKM

Borang HIV Test KKM 2023 Seluruh Negeri (Ujian Saringan Pra Perkahwinan)


Tempoh Keputusan Ujian Saringan HIV KKM

- Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.

- Walaubagaimanapun tempoh sah keputusan ujian saringan HIV ini hanya sah selama 6 bulan sahaja dari tarikh ujian saringan HIV ini dilakukan. Pastikan anda merancang dengan teliti tarikh perkahwinan anda, sebaiknya dalam tempoh sah laku keputusan ujian tersebut.


Prosedur Pelaksanaan Ujian Saringan HIV KKM

1. Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.

2. Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:

- Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.

3. Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

- Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5ml darah.

4. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu.


Cara Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan 2024

Berikut dikongsikan cara membuat tempahan temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan di KKM:

A. Booking Dengan Qmed

- Layari menerusi pautan di https://qmed.asia

- Anda boleh pilih dengan lokasi klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan dengan anda, masa dan tarikh yang bersesuaian dengan anda.

B. Booking Dengan Bookdoc

- Untuk booking dengan Bookdoc layari pautan di bookdoc.com

- Anda boleh pilih tarikh dan masa yang anda inginkan bergantung kepada kekosongan

C. Booking Dengan Encoremed

1. Layari menerusi pautan di https://kkm.encoremed.io

D. Booking Dengan Sistem Janji Temu Klinik Kesihatan Kerajaan KKM

Semoga perkongsian Borang HIV Test KKM 2024 Seluruh Negeri ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.