Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023 Online (Semakan Status)

Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar B40 di Negeri Sembilan yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan (YNS) tahun 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan sempurna. Bantuan ini dapat membantu pelajar daripada golongan B40 yang tidak berkemampuan untuk membeli komputer riba untuk mengikuti kelas di atas talian, pembelajaran dan pengajian dari rumah dan sebagainya.


Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Cara Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023

1. Layari pautan permohonan menerusi pautan di https://forms.gle/Cd9C23GPWLJNHDmr9.

2. Kemudian, baca syarat permohonan dan klik pada butang ‘Next.’

3. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap dan klik butang ‘Next.’

4. Muat naik dokumen yang diperlukan. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar borang permohonan.


Syarat Kelayakan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023 adalah seperti berikut:

1. Anak kelahiran Negeri Sembilan (no kad pengenalan 05/31/59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8) tahun (sila kemukakan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah).

2. Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan).

3. Pelajar IPTA/Politeknik yang masih belajar di peringkat pengajian, Diploma dan Ijazah sahaja (pelajar sepenuh masa).

4. Permohonan hanya layak kepada pelajar tahun pertama 1 sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar).

5. Sekiranya terdapat 2 permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya 1 pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.


Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Terdapat dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan iaitu:

1. Salinan kad pengenalan

2. Surat tawaran belajar

3. Surat pengesahan belajar

4. Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5

5. Penyata gaji bapa

6. Surat pengesahan pendapatan bapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja)

7. Penyata gaji ibu

8. Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja)

9. Salinan kad pengenalan bapa

10. Salinan kad pengenalan ibu


Semakan Status Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023 

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan, sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms atau hubungi Yayasan Negeri Sembilan di talian 06 - 762 8046.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.