Cara Login iQ Nilam 2024 Online (Rekod Bacaan Murid)

Cara Login iQ Nilam 2024 Online (Rekod Bacaan Murid)|APA itu iQ Nilam? Bagaimana cara login iQ Nilam secara online? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara login dan rekod bacaan murid iQ Nilam tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Login iQ Nilam 2024 Online buat rujukan anda.

Cara Login iQ Nilam 2023 Online (Rekod Bacaan Murid)

Sedia maklum, Program NILAM merupakan satu program yang menggalakkan pelajar untuk membaca. NILAM membawa maksud ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’. Program ini mula dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan di sekolah menengah, iaitu melalui Surat Pekeliling. Melalui inisiatif ini, murid tidak lagi perlu mengisi rekod bacaan melalui buku NILAM yang biasa digunakan. Mereka hanya perlu mengisi dan merekodkan bahan bacaan secara atas talian di laman web dengan menggunakan ID Delima yang dibekalkan oleh pihak sekolah.


Cara Login iQ Nilam 2024 Online (Rekod Bacaan Murid)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Login iQ Nilam termasuk cara rekod bacaan murid:


Cara Log Masuk & Rekod Bacaan Untuk Murid 2024

1. Layari laman web iQ Nilam secara online menerusi pautan di https://iqnilam.moe.gov.my.

2. Sila log masuk menggunakan "ID DELIMA" yang didaftarkan.

3. Cara login adalah dengan menggunakan ID delima masing-masing. Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.

4. Kemudian, isikan maklumat yang berkaitan diruangan item seperti berikut:

- Maklumat Bahan Bacaan

- Tajuk Buku

- Pilihan Bahasa

- Tahun Terbitan

- Pengarang

- Penerbit

- Jenis Bahan Bacaan

- Buku Fiksyen

- Buku Bukan Fiksyen

- Bukan Buku (Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan lain-lain)

- Bahan Digital

- Rumusan

- Aktiviti Pengayaan

- Aktiviti Lain-lain (jika ada)

5. Setelah selesai mengisi borang permohonan, anda perlu klik pada butang "SIMPAN".

Cara Login iQ Nilam 2023 Online (Rekod Bacaan Murid)


Apa Maksud ‘Fiksyen’?

Karya sastera yang dicipta dari imaginasi dan khayalan seperti novel dan cerita pendek. Ianya terdiri daripada pelbagai genre seperti cerita lagenda, seram, sains dan sebagainya.


Apa Maksud ‘Bukan Fiksyen’?

Akaun naratif fakta mengenai sesuatu subjek. Ia boleh menjadi tepat atau tidak atau akaun benar atau palsu subjek. Ia berdasarkan fakta yang bertujuan untuk memberitahu, dan ia adalah mudah, langsung, dan jelas. Ia berkaitan dengan peristiwa yang sebenarnya berlaku. Contoh buku bukan fiksyen termasuklah ensiklopedia, dokumentari, buku teks, jurnal, glosari dan sebagainya.


Apa Maksud ‘Bukan Buku’?

- Bahan bercetak seperti jurnal, laporan, majalah, artikel, peta, katalog, buletin, komik, poster, carta dan surat khabar.

- Bahan bukan bercetak seperti video klip berinformasi, cakera padat dan kit pembelajaran.


Apa Maksud ‘Bahan Digital’?

Bahan digital adalah pautan dalam talian (online) daripada pelbagai platform. Contohnya bahan digital yang sering digunakan adalah berasaskan internet, CD-Rom, video, buku elektronik (e-book) dan buku cerita digital.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan iQ Nilam, sila layari laman web IQ NILAM di pautan https://iqnilam.moe.gov.my.

Semoga perkongsian Cara Login iQ Nilam tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.