Permohonan Program Dermasiswa B40 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Program Dermasiswa B40 2024 Online (Semakan Keputusan)|BERITA baik buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Dermasiswa B40 JPA 2024 dibuka secara online mulai 31 Julai 2023 hingga tarikh tutup 11 Ogos 2023 melalui Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Program Dermasiswa B40 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Program Dermasiswa B40 2020 Online

Sedia maklum, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40). Matlamat pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM 2022 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Permohonan Program Dermasiswa B40 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Dermasiswa B40 JPA beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat dalam talian di laman sesawang eSILA iaitu https://esilav2.jpa.gov.my mulai 31 Julai 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 11 Ogos 2023 (Jumaat), 12.00 tengah hari.

Syarat Kelayakan Program Dermasiswa B40 2024

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Program Dermasiswa B40 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Mempunyai kesihatan yang baik.
3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
4. Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
5. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
6. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
7. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
8. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Semakan Keputusan Dermasiswa B40 JPA 2024 Online

1. Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 6 Oktober 2023.

Permohonan Program Dermasiswa B40 2023 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Selamat membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dermasiswa B40 JPA!

No comments

Powered by Blogger.