Cara Login EMIS KPM 2024 Online (Sistem Pengurusan Sekolah)

Cara Login EMIS KPM 2024 Online (Sistem Pengurusan Sekolah)|ANDA ingin login akaun EMIS KPM secara online? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara login EMIS KPM tahun 2024. Untuk makluman anda, bagi meningkatkan pengurusan dan pentadbiran sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu modul bagi pengurusan sekolah iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Berikut dikongsikan Cara Login EMIS KPM 2024 Online buat rujukan anda.

Cara Login EMIS KPM 2023 Online (Sistem Pengurusan Sekolah)

Sedia maklum, EMIS merupakan satu sistem yang terurus bagi memungut, memproses, menyimpan, mencapai, dan menyebar data dan maklumat untuk menyokong aktiviti-aktiviti utama dan kitaran pengurusan pendidikan bagi pengurus dan pembuat keputusan di semua peringkat. Sistem login EMIS online ini terbahagi kepada 3 iaitu Modul Pengurusan Guru (eOperasi), Modul Pengurusan Guru (EMISS) dan Modul Pengurusan Murid (APDM). Sukacita dimaklumkan bahawa Prosedur Operasi Standard bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) versi 3.0 telah dimuat naik bagi menggantikan Prosedur Operasi Standard, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) versi 2.1. Prosedur Operasi Standard SPS ini bertujuan untuk menjelaskan secara terperinci peranan dan tanggungjawab setiap peringkat pelaksana dalam pelaksanaan SPS di sekolah, PPD, JPN dan KPM.


Cara Login EMIS KPM 2023 Online (Sistem Pengurusan Sekolah)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Login EMIS KPM termasuk kegunaan data EMIS:


Cara Login EMIS 2024 Online

1. Anda perlu layari laman web EMIS secara online menerusi pautan di https://emisonline.moe.gov.my/.

2. Kemudian, login masuk dengan memasukkan Login ID dan Kata Laluan serta Captcha yang disahkan (Login ID ialah kod sekolah).

3. Klik pada butang ‘Login’ untuk log masuk. Kemaskini maklumat pengurusan sekolah setelah anda berjaya login.

Cara Login EMIS KPM 2023 Online (Sistem Pengurusan Sekolah)

Kegunaan Data EMIS KPM

Data EMIS akan digunakan untuk melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:

1. Perancangan pembangunan lima tahun (Rancangan Malaysia)

2. Semakan data guru oleh SPR

3. Unjuran guru

4. Audit fizikal YB Timbalan Menteri Pelajaran (Jabatan Perdana Menteri)

5. Anggaran belanja mengurus perjawatan (ABM)

6. Pemberian elaun pedalaman

7. Latihan dalam perkhidmatan

8. Pemantauan peralatan

9. Semakan data guru oleh bahagian tajaan

10. Semakan data guru oleh PTPTN

11. Kajian sikap kakitangan awam oleh SPR

12. Jawatankuasa pelaksana kemasukan murid berumur 5 tahun ke tahun 1

13. Jawatankuasa pengambilan GSTT

14. Semakan status hak milik tanah (BPPA)

15. Semakan gred urusan kenaikan pangkat oleh SPP

16. Pasukan kerja analisis data pengisian/penyandang di KPM (BPSM/JPA)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan EMIS, sila hubungi di:

Aras 1-4, Blok E8, Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya Malaysia


No. Tel: 03 - 8884 6532

Email: emisonline@moe.gov.my

Semoga perkongsian Cara Login EMIS KPM tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.