Permohonan Program Dermasiswa B40 2022 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Program Dermasiswa B40 2022 Online (Semakan Keputusan)|BERITA baik buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Dermasiswa B40 JPA 2022 dibuka secara online mulai 15 Julai 2022 hingga tarikh tutup 24 Julai 2022 melalui Portal Rasmi JPA.

Permohonan Program Dermasiswa B40 2020 Online

Sedia maklum, Program Dermasiswa B40 bertujuan mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma dan sijil profesional daripada keluarga yang berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Permohonan Program Dermasiswa B40 2022 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan Dermasiswa B40 JPA beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2022 Online

1. Permohonan dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA
http://esilav2.jpa.gov.my.

2. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Syarat Kelayakan Program Dermasiswa B40 2022

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Program Dermasiswa B40 adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 buat kali pertama;
(iv) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
(v) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
(vii) Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Semakan Keputusan Dermasiswa B40 2022 Online

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada bulan Oktober 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Selamat membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dermasiswa B40 JPA!

No comments

Powered by Blogger.