Permohonan Tabika KEMAS/TASKA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Tabika KEMAS/TASKA 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Tabika KEMAS dan TASKA 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda ibu bapa yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS dan TASKA ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan TASKA dan TABIKA KEMAS 2024 boleh dibuat secara online bermula 1 Ogos 2023 sehingga tarikh tutup 31 Oktober 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Tabika KEMAS/TASKA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Tabika KEMAS/TASKA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska.


Permohonan Tabika KEMAS/TASKA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Tabika KEMAS/TASKA termasuk tarikh pendaftaran, syarat kemasukan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Tabika KEMAS/TASKA 2024 Online

1. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui Portal Jabatan Kemajuan Masyarakat di http://www.kemas.gov.my beserta di semua Tabika KEMAS.

2. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.

3. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

4. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2023.


Cara Pendaftaran & Muat Turun Borang Tabika KEMAS/TASKA

1. Klik pautan dibawah untuk muat turun borang permohonan TABIKA KEMAS/TASKA:

TABIKA KEMAS 👉 https://drive.google.com/file/d/1CRutlCQZx-mO_V-sX7JhKzz_wNSBuNRz/view?usp=sharing

TASKA 👉 https://drive.google.com/file/d/1aCvWfFxbgh_aszniCpFUxLbD8q6ommUS/view?usp=sharing

2. Apabila borang telah lengkap diisi, anda boleh terus hantar ke TABIKA KEMAS/TASKA pilihan anda.

3. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2023.


Syarat Kemasukan Tabika KEMAS/TASKA 2024

1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.

2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).

3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).

4. Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.


Dokumen Penting Yang Diperlukan

Dokumen penting yang perlu dibawa semasa proses pendaftaran:

- Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak

- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga

- Slip gaji ibu dan bapa/penjaga

- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport

- Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi


Semakan Keputusan Tabika KEMAS/TASKA 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Tabika KEMAS dan TASKA tahun 2024:

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Tabika KEMAS, sila rujuk dibawah:-

Facebook: KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

Laman Web: https://www.kemas.gov.my/

No. Telefon: 03 - 8891 2682

Semoga perkongsian Permohonan Tabika KEMAS/TASKA tahun 2024 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.