Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong (KLK) 2022 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong (KLK) 2022 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad 2022 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa KLK 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 Julai 2021 sehingga tarikh tutup 8 September 2021. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad 2022 buat rujukan anda.
Sedia maklum, Yayasan KLK menawarkan biasiswa kepada pemohon yang telah mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi Malaysia awam mahu pun swasta.
Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong (KLK) 2022 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Biasiswa KLK termasuk syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:
Cara Permohonan Biasiswa KLK 2022 Online
1. Sila muat turun dan isi selengkapkan borang permohonan DISINI dan hantar bersama dengan dokumen yang berkaitan ke emel yayasan@klk.com.my atau ke alamat:
Yayasan KLK Scholarships Application
Kuala Lumpur Kepong Berhad
Bangunan Mayban Trust Ipoh
Level 9, No. 28, Jalan Tun Sambanthan
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
2. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
3. Mana-mana pemohon yang tidak dijemput untuk temuduga dianggap tidak berjaya.
Syarat Kelayakan Biasiswa KLK 2022
Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa KLK adalah seperti berikut:
1. Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah
2. Mestilah warganegara Malaysia.
3. Kelayakan akademik yang baik (STPM, A-Level atau kelayakan setara minimum 2A / Foundation (asasi)-CGPA minimum 3.5).
4. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, sama ada bertulis atau lisan
5. Rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kurikulum.
6. Telah menerima tawaran kemasukan ke UA/IPTS
7. Tidak terikat, memegang apa-apa biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi lain
8. Bersedia untuk berkhidmat dengan bon ikatan 3 tahun dengan KLK di mana-mana lokasi selepas tamat pengajian.
Jumlah Tajaan
Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini akan menerima pembiayaan tahunan seperti berikut:
Ijazah Institusi Awam - RM 10,000 setiap tahun akademik
Ijazah Institusi Swasta - RM17,000 setiap tahun akademik
Bidang Pengajian Yang Ditaja
- Agriculture Science, Forestry, Environmental or related disciplines
- Sciences (Chemistry, Biotechnology)
- Engineering (Civil, Chemical, Mechanical, Electrical and Instrumentation)
- Accountancy
- Information Technology
- Real Estate Management
- Horticulture and Landscape
Semakan Keputusan Biasiswa KLK 2022 Online
*Akan dikemaskini
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak KLK dengan klik pautan berikut: http://www.klk.com.my/contact-us/email-us/
Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad tahun 2022 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment