Permohonan Pinjaman Pendidikan Pulau Pinang 2019 Online

Permohonan Pinjaman Pendidikan Pulau Pinang 2019 Online|BILAKAH tarikh permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tahun 2019 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2019 boleh dibuat secara online mulai 1 Jun 2019 hingga tarikh tutup 30 Ogos 2019 melalui laman sesawang e-Pinjaman Penuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Permohonan Pinjaman Pendidikan Pulau Pinang 2019 Online

Sedia maklum, Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang. Permohonan ini dibuka buat pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda dan PHD.

Permohonan Pinjaman Pendidikan Pulau Pinang 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat yang meliputi tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang:

Tarikh Penting Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2019

◾Tarikh Permohonan Dibuka: 1 Jun 2019
◾Tarikh Permohonan Ditutup: 30 Ogos 2019

Cara Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2019 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi e-Pinjaman Penuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://epp.penang.gov.my/

2. Sila pastikan anda mengisi permohonan
pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas
pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat.

3. Sila CETAK borang permohonan yang
telah diisi beserta dokumen-dokumen
berkenaan dan dihantar dalam tempoh 2
MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut:

LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT
NEGERI PULAU PINANG,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
PARAS 29, KOMTAR,
10503 PULAU PINANG

Syarat Kelayakan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Antara syarat kelayakan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

◾ Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.

◾ Ditawarkan tempat di Universiti/Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).

◾ Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.

◾Pemohon perlu sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.

◾Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.

◾Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Contoh: Jun 2019 - Jun 2020).

◾Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/ MARA/JPA/M dan sebagainya)

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.

Selamat membuat Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.