Permohonan Biasiswa SPAN 2022 Online (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara)

Permohonan Biasiswa SPAN 2022 Online (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2022 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa SPAN 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang http://www.metropolitancorridor.com. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa SPAN 2022 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa SPAN 2021 Online (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara)


Sedia maklum, Program Biasiswa SPAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Ijazah Pertama di universiti-universiti awam dalam negara. Biasiswa SPAN bukan hanya merangkumi yuran pengajian dan pelbagai elaun tetapi SPAN juga menyediakan program pembangunan yang diatur dan disusun bagi mengasah bakat kepemimpinan, kemahiran interpersonal dan pemikiran kritis pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.


Permohonan Biasiswa SPAN 2022 Online (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Biasiswa SPAN termasuk syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Biasiswa SPAN 2022 Online

1. Permohonan Biasiswa SPAN boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di bawah;

KLIK 👉 http://www.metropolitancorridor.com


Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa SPAN 2022

Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa SPAN adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;

2. Mempunyai kesihatan yang baik;

3. Aktif dalam aktiviti kokurikulum;

4. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian sama.

5. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khusus berikut;

– Menduduki peperiksaan SPM 2020 yang dijalankan pada bulan Mac 2021 buat pertama kali;

– Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2020;

– Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A iaitu Bahasa Malaysia dan mana-mana 8 mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);

– Memulakan pengajian peringkat Asasi/Matrikulasi sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

Info Penting:

*Pemohon yang berjaya hanya akan diberikan tawaran biasiswa bersyarat sehingga mereka mendapat tawaran pengajian rasmi dari universiti awam tempatan yang diiktiraf oleh MQA.


Bidang Pengajian Yang Ditaja

SPAN menawarkan biasiswa penuh dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Peringkat Ijazah pertama di universiti-universiti awam dalam bidang-bidang berikut:

1. Teknikal (Kejuruteraan, Ukur Bahan)

2. Ekonomi/Perniagaan

3. Kewangan/Perakaunan

4. Teknologi Maklumat/Data Sains


Semakan Keputusan Biasiswa SPAN 2022 Online

*Akan dikemaskini


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa SPAN, sila hubungi di talian 03-5613 6288 atau emelkan ke biasiswaspan@metropolitancorridor.com.

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa SPAN tahun 2022 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.