Semakan Syarat Kemasukan UiTM 2019 (Selangkah UITM)

Semakan Syarat Kemasukan UiTM 2019 (Selangkah UITM)|APAKAH syarat terkini kemasukan ke UiTM? Panduan buat anda yang berminat dan berkelayakan melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) di seluruh Malaysia. Untuk makluman anda, kini semakan syarat kemasukan UiTM boleh dibuat secara online melalui sistem Selangkah UiTM. Berikut dikongsikan cara semakan syarat kemasukan UITM 2019 buat rujukan pelajar.

Semakan Syarat Kemasukan UiTM 2019 (Selangkah UITM)

Semakan Syarat Kemasukan UiTM 2019 (Selangkah UITM)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi semakan syarat kelayakan UiTM melalui Sistem Selangkah UiTM:

Cara Semakan Syarat Kemasukan UiTM 2019 Online

1. Pemohon perlu layari Aplikasi Selangkah
    UITM secara online melalui pautan
    seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.selangkah.uitm.edu.my

2. Masukkan maklumat diri seperti No.
    MyKAD, Nama, Email, No. Telefon dan
    Kategori.

3. Isikan maklumat pendidikan beserta
    gred dan tekan pada butang 'Semak'.

4. Program yang layak akan dipaparkan di
    screen.

Semakan Syarat Kemasukan UiTM 2019 (Selangkah UITM)

Syarat Am Kemasukan Ke UiTM

Berikut adalah syarat-syarat am kemasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma:

1. Calon Lepasan SPM/ Setaraf

● Lulus SPM / setaraf dengan mendapat
    sekurang-kurangnya 5 kepujian.
● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

2. Calon Lepasan STPM/ Setaraf

● Lulus SPM / setaraf dengan baik.
● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia
   di peringkat SPM/ setaraf.
● Mendapat sekurang-kurangnya Gred C
   (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan
   Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata
   pelajaran lain.
● Mengambil Malaysian University English
   Test (MUET).

3. Calon Lepasan Matrikulasi

● Lulus SPM / setaraf dengan baik.
● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia
   di peringkat SPM/ setaraf.
● Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/
   Asasi Undang-Undang KPTM dengan
   sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00
● Mengambil Malaysian University English
   Test (MUET)

4. Calon Lepasan Diploma

● Lulus SPM / setaraf dengan mendapat
    sekurang-kurangnya 5 kepujian.
● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia
   di peringkat SPM/ setaraf.
● Mempunyai kelulusan Diploma atau
    kelulusan setaraf dan diluluskan oleh
    Senat Universiti.
● Mengambil Malaysian University English
    Test (MUET).

Info Lanjut

Bagi calon yang ingin memasuki UA dan juga Politeknik, semakan syarat kemasukan boleh disemak melalui sistem semakan seperti berikut:

👉 e-Semak Politeknik
👉 iMASCU UPU

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Pusat Antarabangsa UiTM (UIC)
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Telefon: 03-55443164/65/66/74/75
Faks: 03-55443170
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my/

Semoga perkongsian Semakan Syarat Kemasukan UiTM 2019 ini dijadikan panduan buat semua pelajar!

No comments

Powered by Blogger.