Permohonan MTD 2023 Online Maktab Tentera Diraja (Semakan Keputusan)

Permohonan MTD 2023 Online Maktab Tentera Diraja (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD) tahun 2023 bakal dibuka? Panduan buat anda pelajar Tingkatan Tiga (3) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke MTD ambilan tahun 2023. Menerusi FB Rasmi MTD, permohonan MTD 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 30 September hingga 30 November 2022 menerusi laman sesawang di http://www.rmc-education.edu.my

Permohonan MTD 2021 Online (Maktab Tentera Diraja)

Sedia maklum, kemasukan pelajar ke MTD dibuka setiap tahun dan hanya terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga untuk kemasukan ke Tingkatan Empat (4).

Permohonan MTD 2023 Online Maktab Tentera Diraja (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan kemasukan MTD beserta syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan MTD 2023

◾Tarikh Dibuka: 30 September 2022
◾Tarikh Ditutup: 30 November 2022

Cara Permohonan Maktab Tentera Diraja 2023 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi MTD
    menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://spskt4.moe.gov.my/

2. Pemohon wajib mengisi borang permohonan atas talian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

3. Pemohon perlu memilih MTD sebagai pilihan PERTAMA

4. KPM akan menentukan pusat peperiksaan PKSK di seluruh Malaysia

5. Kemudian, pemohon yang lulus PKSK akan dipanggil ke sesi Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD.

6. Bagi pemohon yang lulus Ujian Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD akan ditawarkan ke sesi pengajian Tahun 2023/2024.

Syarat Kemasukan MTD 2022

Antara syarat kemasukan MTD tahun 2022 adalah seperti berikut:

A. SYARAT AKADEMIK

- Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus secara dalam talian melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Tarikh permohonan kemasukan mengikut ketetapan dari Kementerian Pendidikan Malaysia
- Lulus ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja

B. SYARAT KHUSUS

- Pemohon (lelaki sahaja) mestilah warganegara Malaysia
- Berat minimum – 40.5kg
- Tinggi minimum – 152cm
- Ukuran dada – 74cm (biasa) 79 cm (tarik nafas)
- Kesihatan – Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan berikut:
1. Flat foot
2. BMI > 27 (obesiti)
3. Impacted earwax
4. ASthma
5. Scoliosis (tulang belakang bengkok)
6. Varicose vain (urat tersimpul)
7. Colour blindness (rabun warna)
8. Myopia (rabun jauh)
9. G6PD deficiency
10. Haemorrhoids (buasir)
11. Inguinal hernia (angin pasang)
12. Tinea (jangkitan kulat pada kulit)
13. neven shoulder (bahu tidak seimbang)
14. Braces (tidak dibenarkan memakai pendakap gigi)
- Temujanji rawatan susulan yang berpanjangan
- Kecederaan baru atau lama yang dirasakan akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan di MTD

Permohonan MTD 2023 Online Maktab Tentera Diraja (Semakan Keputusan)

Semakan Keputusan MTD 2023 Online

1. Semakan keputusan MTD tahun 2023 boleh dibuat secara online pada bulan Disember 2022.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan MTD, sila hubungi di:

Unit Pengambilan & Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera
Maktab Tentera Diraja
No. Tel: 03 - 89465562/ 5565

Selamat membuat Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MTD!

No comments

Powered by Blogger.