Permohonan IKM KKTM MJII Sesi Januari & Julai 2019 Online

Permohonan IKM KKTM MJII Sesi Januari & Julai 2019 Online|BILAKAH tarikh permohonan KKTM, IKM dan MJII tahun 2019? Panduan buat anda yang berminat bidang kemahiran ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) ambilan 2019. Menerusi Portal Rasmu SPUPIM, permohonan IKM KKTM MJII 2019 kini telah dibuka secara online mulai 1 Ogos hingga tarikh tutup 30 Oktober 2018.

Permohonan IKM KKTM MJII Sesi Januari & Julai 2019 Online

Matlamat penubuhan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) adalah untuk melahirkan lebih ramai belia bumiputra yang berkemahiran tinggi untuk industri masa depan. Antara institusi pendidikan dibawah kelolaan MARA (IPMa) adalah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII).

Permohonan IKM KKTM MJII Sesi Januari & Julai 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan IKM KKTM MJII beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan IKM KKTM MJII 2019

Tarikh Dibuka: 1 Ogos 2018
◾Tarikh Ditutup: 30 Oktober 2018
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 SPUPIM

Cara Permohonan IKM KKTM MJII 2019

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
    SPUPIM menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 SPUPIM

2. Isikan borang permohonan dengan betul
    dan tepat.

Syarat Kelayakan Permohonan IKM KKTM MJII

Antara syarat kelayakan permohonan KKTM IKM dan MJII adalah seperti berikut:

A. Program Sijil

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM)
2. Bumiputera
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 18 hingga 40 tahun
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik
    dan elektronik)

B. Program Diploma

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM) atau
    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi
    Kejuruteraan IKM / Teknologi IKM
    dengan CGPA > 2
2. Bumiputera
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 18 hingga 40 tahun
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik
    dan elektronik)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 - 26134258
No. Faks: 03 - 26914510
Emel: infobkt@mara.gov.my

Selamat membuat permohonan IKM KKTM MJII ambilan Januari 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IKM KKTM MJII!

No comments

Powered by Blogger.