Jadual Peperiksaan UPKK 2018 Ujian Bertulis

Jadual Peperiksaan UPKK 2018 Ujian Bertulis|BILAKAH tarikh menduduki peperiksaan UPKK tahun 2018? Panduan buat ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak bersekolah di Tahun 5. Untuk makluman anda, peperiksaan bertulis UPKK 2018 akan diadakan mulai 1 hingga 4 Oktober 2018. Untuk tahun 2017, keputusan UPKK telah diumumkan pada 29 Januari 2018. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2018 buat panduan anda.

Jadual Peperiksaan UPKK 2018 Ujian Bertulis

Peperiksaan UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) di seluruh Malaysia.

Jadual Peperiksaan UPKK 2018 Ujian Bertulis

Berikut dikongsikan jadual peperiksaan UPKK 2018 yang meliputi tarikh ujian bertulis, amali dan lisan:

Mata Pelajaran Yang Dinilai

Berikut adalah mata pelajaran yang dinilai dalam UPKK:

1. Al-Quran
2. Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
3. Sirah
4. Adab (Akhlak Islamiyah)
5. Jawi dan Khat
6. Asas Lughatul Quran
7. Penghayatan Cara Hidup Islam
8. Amali Solat

Jadual Peperiksaan UPKK 2018

A. Ujian Amali Solat
◾1 Februari hingga 20 Ogos 2018 (3 hingga
     4.30 petang)

B. Penghayatan Cara Hidup Islam
◾1 Februari hingga 20 Ogos 2018 (3 hingga
     4.30 petang)

C. Ujian Lisan Tadarus & Tilawah Al-
     Quran
◾17 hingga 28 September 2018 (3 hingga
     4.30 petang)

D. Ujian Lisan Hafazan & Tafsir Al-Quran
◾17 hingga 28 September 2018 (3 hingga
     4.30 petang)

E. Ujian Bertulis UPKK

Berikut adalah jadual peperiksaan bertulis UPKK 2018 yang berlangsung mulai 1 hingga 4 Oktober 2018:

1 OKTOBER 2018 (ISNIN)
◾Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah) : 2.30
     hingga 4 petang

2 OKTOBER 2018 (SELASA)
◾Sirah: 2.15 hingga 3.45 petang
◾Pelajaran Jawi dan Khat: 4 hingga 5
     petang

3 OKTOBER 2018 (RABU)
◾Adab (Akhlak Islamiyah) I: 2.30 hingga 4
     petang
◾Adab (Akhlak Islamiyah) II: 4.15 hingga
     5.15 petang

4 OKTOBER 2018 (KHAMIS)
◾Lughah Al-Quran: 2.30 hingga 4.30
     petang

Jadual Peperiksaan UPKK 2018 Ujian Bertulis

Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan UPKK 2018 ini dijadikan panduan untuk anda semua!

No comments

Powered by Blogger.