Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023 (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023 (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang tahun 2023 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023 boleh dibuat mulai 10 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023 melalui sekolah dan Pejabat ADUN. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023 buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020 (Borang)

Sedia maklum, permohonan ini dibuka kepada murid tingkatan 1 dan 4 di Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangasaan Agama / Sekolah Menengah Agama / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di seluruh negeri Pahang.

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023 (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023

◼️ Tarikh Dibuka: 10 Mei 2023
◼️ Tarikh Ditutup: 12 Jun 2023

Cara Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023

1. Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang boleh dibuat melalui sekolah masing-masing dan Pejabat ADUN.

2. Isikan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan lengkap.

Syarat Kelayakan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
3. Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang.
4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
5. Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta.
6. Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
7. Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
10. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Semakan Keputusan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023

*Akan dikemaskini

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023 (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang, sila hubungi di:

Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang

No. Tel : 09-5181800
No. Fax : 09-5181888

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.