Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2020 Terkini

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2020 Terkini|ADAKAH anda calon yang bakal menduduki Ujian MEdSI bagi tahun 2020? Panduan buat calon lepasan STPM/setaraf yang bakal menduduki Ujian MEdSI sesi 2020. Untuk makluman anda, Ujian MEdSI sesi 2020 dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2020. Berikut dikongsikan contoh soalan dan panduan Ujian MEdSI tahun 2020 buat rujukan anda.

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018 Terkini

Ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventory) adalah ujian saringan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan lepasan STPM/Setaraf ke Institut Pengajian Tinggi Awam. MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsic calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. MEdsi telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdsi yang terdiri daripada sekumpulan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2020 Terkini

Berikut dikongsikan maklumat yang meliputi contoh soalan dan panduan Ujian MEdSI:

Format Ujian MEdSI

◾Terdiri 300 soalan dan dijawab dalam masa 1 Jam
◾Mempunyai 4 bahagian
◾Bahagian 1 : Personaliti 110 item
◾Bahagian 2 : Minat kerjaya 60 item
◾Bahagian 3 : Nilai intergriti 70 item
◾Bahagian 4 : Kecerdasan emosi 60 item
◾MEdsi adalah berbentuk aneka pilihan

Semakan Kelayakan Menduduki Ujian MEdSI

◾Lepasan STPM/setaraf untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
◾Memiliki Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

Panduan Menduduki Ujian MEdSI

1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK  atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web www.mpm.edu.my

2. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web www.mohe.gov.my

3. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga  melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).

4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

5. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.

6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti  untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 jam.

8. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

9. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.

10. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.

11. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

Contoh Soalan Ujian MEdSI Terkini 2020

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018 Terkini

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018 Terkini

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018 Terkini

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018 Terkini

Semoga perkongsian Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.