Permohonan GREP MARA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan GREP MARA 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan GREP MARA tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Graduan Cemerlang (GREP) MARA tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan GREP MARA 2024 boleh dibuat secara online mulai 7 hingga 21 November 2023 menerusi Portal Rasmi MARA. Berikut dikongsikan Permohonan GREP MARA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan GREP MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Permohonan GREP MARA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan GREP MARA beserta syarat kelayakan, senarai kursus dan semakan keputusan:

Cara Permohonan GREP MARA 2024 Online

1. Layari laman web MARA secara online menerusi pautan di https://educationloan.mara.gov.my/V4/sa/#/Login.

2. Kemudian, klik butang ‘Daftar Sekarang.’

3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘Daftar Akaun.’

4. Log masuk dengan memasukkan No Kad pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.

5. Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap dan klik butang hantar permohonan.

Info Penting:
*Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Syarat Kelayakan GREP MARA 2024

Antara Syarat kelayakan Program Graduan Cemerlang MARA adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2023 di peringkat pengajian berikut:
a) Sarjana:
– Dalam Negara: Tidak melebihi 40 tahun
– Luar Negara: Tidak melebihi 35 tahun
b) Doktor Falsafah:
– Dalam Negara: Tidak melebihi 45 tahun
– Luar Negara: Tidak melebihi 40 tahun
3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.
4. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
5. Pemohon/ibu/bapa/penjaga/pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
6. Pemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
7. Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
8. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

B. Syarat Akademik

i) Sarjana Dalam Negara

- Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.

ii) Sarjana Luar Negara

- Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya.
- Pemohon memperolehi IELTS 6.5.

iii) PhD Dalam Negara

- Pemohon memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya.

iv) PhD Luar Negara

- Pemohon memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya.
- Pemohon memperolehi IELTS 6.5.
- Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina, pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.

C. Syarat Program

- Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2023.
- Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
- Untuk pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang tidak memenuhi syarat ranking university by subjects layak dipertimbangkan sekiranya H-Indeks 30 dan ke atas bagi penyelia utama. H-Indeks merujuk Scopus, World of Science dan Google Scholar.
- Pemohon mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti dalam senarai IPT.
- Pemohon mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti dalam senarai IPT.
- Pemohon belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
- Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Permohonan terbuka untuk pengajian secara sepenuh masa sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.
- Pemohon yang sedang bekerja pula boleh dipertimbangkan untuk pengajian secara separuh masa di dalam negara dan hanya yuran pengajian sahaja yang akan ditaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.
- Pelajar yang telah memiliki kelayakan yang sama dengan bidang yang ingin dipohon tidak akan dipertimbangkan.

Semakan Keputusan GREP MARA 2024 Online

1. Semakan keputusan Program Graduan Cemerlang GREP MARA 2024 boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://myeduloan.mara.gov.my/v3/.

Senarai Kursus Program Graduan Cemerlang

1. Chemical Engineering
2. Civil Engineering
3. Mechanical
4. Electrical & Electronic
5. Robotics & Automation
6. Telecommunication Engineering
7. Mechatronic
8. Nanotechnology
9. Petroleum Engineering
10. Solar Energy
11. Wind Energy
12. Environmental Engineering
13. Marketing Management
14. E-business
15. International Business Management

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan GREP MARA, sila hubungi di:

Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2613 2103 / 35032 / 32067 / 32106
Emel: pascasiswazah@mara.gov.my
Soalan Lazim: https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/11/4.-Soalan-Lazim.pdf

Selamat membuat Permohonan Program Graduan Cemerlang tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran GREP MARA!

No comments

Powered by Blogger.