Permohonan Rayuan Matrikulasi 2020/2021 Online

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2020/2021 Online|ADAKAH anda telah membuat semakan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2020/2021? Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dalam permohonan kemasukan ke Matrikulasi. Bagaimana cara membuat rayuan permohonan Matrikulasi sekiranya anda gagal? Untuk makluman anda, bagi yang telah gagal dalam permohonan Matrikulasi boleh membuat rayuan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018/2019 Online

Permohonan rayuan Matrikulasi dijangka akan dibuka pada hujung bulan April 2019. Sedia maklum, terdapat TIGA (3) cara permohonan rayuan bagi yang mereka telah gagal dalam permohonan Program Matrikulasi KPM.

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2020/2021 Online

Terdapat tiga kaedah permohonan rayuan Matrikulasi iaitu samada permohonan rayuan secara online, atau menghantar surat rayuan rasmi atau berhubung terus dengan Bahagian Matrikulasi:

◾ Tarikh Rayuan Permohonan Matrikulasi: *Akan dikemaskini


Cara Permohonan Rayuan Matrikulasi 2020/2021

1. Permohonan Rayuan Secara Online

Permohonan rayuan Matrikulasi boleh dibuat secara online menerusi pautan Semakan Tawaran Matrikulasi.

2. Permohonan Rayuan Secara 
    Berhubung Terus Dengan Bahagian 
    Matrikulasi

Berhubung terus ke Bahagian Matrikulasi KPM bersama salinan keputusan SPM yang telah disahkan untuk mengisi borang. Dokumen yang anda perlu bawa adalah seperti berikut:

◾Salinan Kad pengenalan diri yang telah disahkan
◾Salinan Kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
◾Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
◾Salinan Sijil aktiviti di peringkat negeri/ kebangsaan yang telah disahkan sahaja
◾Surat rasmi yang menyatakan alasan kenapa memohon rayuan

3) Permohonan Rayuan Dengan Cara 
    Menulis Surat Rasmi

Selain itu, anda juga boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan perlu lampirkan beberapa dokumen seperti berikut:

◾Salinan kad pengenalan diri yang telah disahkan
◾Salinan kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
◾Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
◾Salinan Sijil aktiviti kokurikulum di  peringkat negeri/kebangsaan yang telah disahkan sahaja
◾Surat rasmi yang menyatakan sebab kenapa memohon rayuan. Pastikan surat rasmi tersebut mengandungi alamat, nombor telefon dan emel kerana keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui emel dan pos ke alamat anda.

Artikel berkaitan:
👉 Contoh Surat Rayuan Permohonan Matrikulasi
👉 Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2020

Dokumen yang lengkap, kemudian perlu dihantar ke alamat berikut:

Pengarah Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Telefon: 03 - 8884 4083
Faks: 03 - 8884 4028
E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan rayuan Matrikulasi sesi 2020/2021! Semoga anda berjaya dalam membuat rayuan Matrikulasi!

No comments

Powered by Blogger.