Cara Kira Merit Matrikulasi 2021 Lepasan SPM/ Setaraf

Cara Kira Merit Matrikulasi 2021 Lepasan SPM/ Setaraf|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian di Matrikulasi? Apakah syarat kemasukan ke Program Matrikulasi bagi tahun 2021? Panduan buat para pelajar lepasan SPM/ Setaraf yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi ambilan tahun 2021. Berikut dikongsikan Cara Pengiraan Merit Matrikulasi 2021 bagi lepasan SPM/ setaraf buat panduan pelajar.

Cara Kira Merit Matrikulasi 2020 Lepasan SPM/ Setaraf

Sedia maklum, kemasukan pelajar ke Matrikulasi bagi lepasan SPM/ setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Permohonan kemasukan Matrikulasi sesi 2020/2021 boleh dibuat secara online mulai 24 Februari 2020 hingga 31 Mac 2020 menerusi Portal Rasmi UPUOnline.

Cara Kira Merit Matrikulasi 2021 Lepasan SPM/ Setaraf

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh pengiraan merit Matrikulasi 2021 bagi lepasan SPM/ setaraf:

Cara Pengiraan Merit Matrikulasi 2021 Terkini

◾UA & Politeknik Premier/ Matrikulasi: 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum

◾Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA: 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan 15% Status Sosial Ekonomi (SES)

Pengiraan Merit Aliran Sains

◾90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan.
◾30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.

Contoh Langkah Pengiraan Merit Aliran Sains

Langkah Pertama:
Andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran:

◾Bahasa Melayu A+
◾Bahasa Inggeris A+
◾Pendidikan Islam A+
◾Sejarah A+
◾Matematik A+
◾Matematik Tambahan A
◾Fizik A-
◾Kimia A
◾Biologi A

Langkah Kedua:
Kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains):

◾Matematik A+ = 18
◾Matematik Tambahan A = 16
◾Fizik A- = 14
◾Kimia A = 16
◾Biologi A- = 14
JUMLAH 78

Langkah Ketiga:
Kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil:

◾Bahasa Melayu A+ = 18
◾Bahasa Inggeris A+ = 18
◾Pendidikan Islam A+ = 18
JUMLAH 54

Langkah Keempat:
Campur markah keseluruhan seperti berikut :

◾Markah Akademik = Markah Mata ◾Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
◾Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
◾Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30
◾Jumlah Markah Akademik = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik) 120 x 90 = (78 + 30)/120 x 90 = 81

Pengiraan Merit Aliran Sastera

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera adalah seperti berikut :

◾90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
◾30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Contoh Langkah Pengiraan Merit Aliran Sastera

Langkah Pertama:
Andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran:

◾Bahasa Melayu (A+)
◾Bahasa Inggeris (A+)
◾Pengetahuan Moral (B+)
◾Sejarah (C+)
◾Matematik (B)
◾Sains (B)
◾Perdagangan (C+)
◾Ekonomi Asas (C)
◾Ekonomi Rumah Tangga (A)

Langkah Kedua:
Kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera):

◾Bahasa Melayu A+ = 18
◾Matematik B = 10
◾Sains B = 10
◾Sejarah C+ = 8
◾Pengetahuan Moral B+ = 12
 JUMLAH 58

Langkah Ketiga:
Kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera):

◾Bahasa Inggeris A+ = 18
◾Ekonomi Rumah Tangga A = 16
◾Sejarah C+ = 8
JUMLAH 42

Langkah Keempat:
Campur markah keseluruhan seperti berikut :

◾Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
◾Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
◾Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3
◾Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90
= (58 + 23.3)/120 x 90 = 60.9

Semoga perkongsian Cara Pengiraan Merit Matrikulasi 2021 Lepasan SPM/ Setaraf ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.