Permohonan Sekolah Seni Malaysia Sesi 2023 Online (Tingkatan 1 & 4)
Permohonan Sekolah Seni Malaysia Sesi 2023 Online (Tingkatan 1 & 4)|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Seni Malaysia (eSSEM) tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu (1) ambilan tahun 2023. Menerusi Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan Sekolah Seni Malaysia 2023 boleh dibuat secara online mulai 20 Julai 2022 hingga 30 September 2022 melalui aplikasi eSSEM. Berikut dikongsikan Semakan Sekolah Seni Malaysia 2023 Online buat rujukan anda.
Permohonan Sekolah Seni Malaysia Sesi 2023 Online (Tingkatan 1 & 4)
Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan aplikasi permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 beserta syarat kemasukan dan syarat kelayakan permohonan:◾ Tarikh Permohonan: 20 Julai 2022 hingga 30 September 2022
◾ Aplikasi Permohonan
KLIK 👉 https://essem.moe.gov.my/
Cara Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2023 Online
1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi eSSEM secara online melalui pautan seperti berikut:KLIK 👉 https://essem.moe.gov.my/
Syarat Kelayakan Sekolah Seni Malaysia 2023
Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan dan syarat kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2023:1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang
kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
3. Sihat tubuh badan
4. Hanya permohonan secara 'Online' akan
diproses
Syarat Kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2023
1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSRsekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2. Calon mesti daripada sekolah bantuan
penuh kerajaan
3. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji
Bakat
4. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM
yang ditawarkan mengikut bidang yang
ditetapkan
5. Murid yang berjaya wajib tinggal di
asrama dan tertakluk kepada peraturan
yang ditetapkan
6. Mengemukakan rekod kesihatan murid
7. Mengemukakan semua dokumen asal
semasa temuduga
8. Permohonan akan ditolak sekiranya
calon memalsukan sebarang dokumen
semasa temuduga
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Sekolah Seni Malaysia, sila hubungi di:1. Zuraini Binti Abu Hassan - Tel : 03-88721620
2. Nurulhaslinda Binti Zolkernain - Tel : 03-88721659
Atau emelkan pertanyaan ke alamat mohonssem@moe.gov.my
Selamat membuat permohonan Sekolah Seni Malaysia tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Seni Malaysia!
Post a Comment