Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai Sesi 2019

Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai Sesi 2019|PANDUAN buat anda pelajar Tahun 6 lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2018. Menerusi Portal Rasmi SMA Nilai, permohonan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai ambilan 2019 akan dibuka secara online pada 29 November 2018.

Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai Sesi 2018

Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai Sesi 2019

Berikut dikongsikan maklumat mengenai
cara permohonan SMA Nilai tahun 2019 yang meliputi tarikh penting, syarat dan proses permohonan:

Tarikh Penting Permohonan SMA Nilai

◾Tarikh buka permohonan: 29 November 
     2018
◾Tarikh tutup permohonan di e-MOHON:
     7 Disember 2018
◾Tarikh akhir penerimaan dokumen di
     pejabat SMA Nilai: 7 Disember 2018
◾Senarai nama pelajar yang layak untuk
     temuduga akan dipaparkan disini: 13 
     Disember 2018
◾Temuduga dan Ujian Penilaian untuk
     calon perempuan. Calon diminta
     membawa pensel 2B, kelengkapan alat
     tulis lain dan senaskhah Al-Quran
     Terjemahan: 15 Disember 2018
◾Temuduga dan Ujian Penilaian untuk
     calon lelaki. Calon diminta membawa
     pensel 2B, kelengkapan alat tulis lain
     dan senaskhah Al-Quran Terjemahan: 15       Disember 2018
◾Keputusan permohonan diumumkan.
     Senarai nama pelajar yang terpilih akan
    dipaparkan di laman web e-MOHON dan
     surat tawaran boleh diambil di pejabat
     SMA Nilai: 21 Disember 2018
◾Pendaftaran pelajar tingkatan 1 2019: 
     Januari 2019

Syarat Kemasukan SMA Nilai 2019

Berikut adalah syarat kemasukan SMA Nilai 2019:

◾Mampu membaca dan menulis jawi
◾Mampu membaca Al-Quran dengan
     lancar
◾Mengetahui asas bahasa Arab
◾Sekurang-kurangnya memperolehi 3A
     dalam UPSR serta tiada D/E; DAN
◾Sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK,
     atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.
 
Proses Permohonan SMA Nilai

◾Isi borang permohonan di e-MOHON di alamat http://mohon.sman.edu.my. Borang permohonan akan dipaparkan SELAMA SEMINGGU bermula hari pertama keputusan UPSR diumumkan.

◾Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.

◾Hantar cetakan borang permohonan beserta salinan dokumen berikut yang TELAH DISAHKAN BENAR oleh Pengetua/Guru besar/pegawai kerajaan Gred A/Ketua Kampung, iaitu:

*Salinan MyKad/Sijil kelahiran pemohon
*Salinan MyKad ibu dan bapa / penjaga dan   isteri penjaga pemohon
*Salinan keputusan UPSR
*Salinan keputusan UPKK/UPSRA/PSRA
*Salinan sijil berhenti sekolah

◾Penghantaran cetakan borang permohonan dan salinan dokumen HENDAKLAH dihantar ke pejabat sekolah secara serahan tangan SAHAJA.

◾Penghantaran melalui kaedah lain (contoh: kiriman pos, faks, atau e-mel) TIDAK AKAN DILAYAN.

◾Jika mana-mana dokumen tidak disahkan, pemohon tidak mengisi borang e-SPK ATAU dokumen yang diperlukan tidak dihantar kepada pejabat sekolah melalui serahan tangan, maka permohonan TIDAK AKAN DILAYAN.

◾Segala makluman berkaitan ujian, temuduga dan keputusan permohonan akan dipaparkan di laman web e-SPK (mohon.sman.edu.my). Pemohon diminta sentiasa peka dengan segala hebahan dan pengumuman.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan, anda boleh hubungi di:

Sekolah Menengah Agama Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel: 606-7991826
Faks: 606-7996931

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Kemasukan Ke SMA MAIWP
👉 Permohonan Kemasukan Ke SMISTA MAIWP

Selamat membuat permohonan kemasukan ke SMA Nilai ambilan 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.