Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai 2022 Online

Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai 2022 Online|BILAKAH tarikh permohonan SMA Negeri Sembilan 2022 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Tahun 6 lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2021 yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai ambilan 2022. Menerusi Portal Rasmi SMA Nilai, permohonan SMA Nilai 2022 dijangka akan dibuka secara online pada bulan November 2021.

Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai 2021 Online

Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat mengenai
cara permohonan SMA Nilai (Negeri Sembilan) yang meliputi tarikh penting, syarat kemasukan dan proses permohonan:

Tarikh Penting Permohonan SMA Nilai 2022

*Akan dikemaskini

Syarat Kemasukan SMA Nilai 2022

Berikut dikongsikan syarat kemasukan SMA Nilai 2022:

◾Mampu membaca dan menulis jawi
◾Mampu membaca Al-Quran dengan lancar
◾Mengetahui asas bahasa Arab
◾Sekurang-kurangnya memperolehi 3A dalam UPSR serta tiada D/E; DAN
◾Sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK, atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.
 

Cara Permohonan SMA Negeri Sembilan 2022 Online

◾Isi borang permohonan di e-MOHON di alamat http://mohon.sman.edu.my. Borang permohonan akan dipaparkan SELAMA SEMINGGU bermula hari pertama keputusan UPSR diumumkan.

◾Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.

◾Hantar cetakan borang permohonan beserta salinan dokumen berikut yang TELAH DISAHKAN BENAR oleh Pengetua/Guru besar/pegawai kerajaan Gred A/Ketua Kampung, iaitu:

*Salinan MyKad/Sijil kelahiran pemohon
*Salinan MyKad ibu dan bapa / penjaga dan   isteri penjaga pemohon
*Salinan keputusan UPSR
*Salinan keputusan UPKK/UPSRA/PSRA
*Salinan sijil berhenti sekolah

◾Penghantaran cetakan borang permohonan dan salinan dokumen HENDAKLAH dihantar ke pejabat sekolah secara serahan tangan SAHAJA.

◾Penghantaran melalui kaedah lain (contoh: kiriman pos, faks, atau e-mel) TIDAK AKAN DILAYAN.

◾Jika mana-mana dokumen tidak disahkan, pemohon tidak mengisi borang e-SPK ATAU dokumen yang diperlukan tidak dihantar kepada pejabat sekolah melalui serahan tangan, maka permohonan TIDAK AKAN DILAYAN.

◾Segala makluman berkaitan ujian, temuduga dan keputusan permohonan akan dipaparkan di laman web e-SPK (mohon.sman.edu.my). Pemohon diminta sentiasa peka dengan segala hebahan dan pengumuman.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi di:

Sekolah Menengah Agama Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
No. Tel: 606-7991826
No. Faks: 606-7996931

Selamat membuat permohonan kemasukan ke SMA Nilai ambilan 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke SMA Nilai!

No comments

Powered by Blogger.