Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN

Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN|ADAKAH anda tahu bagaimana cara membeli No. Pin Unik UPU di BSN? Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, Politeknik dan ILKA serta lain-lain UA, anda perlu mempunyai No. Unik ID terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan UPU secara online. Kini, pembelian No. Unik ID untuk permohonan UPU boleh dibuat di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui mesin ATM BSN, ataupun menggunakan perkhidmatan SMS Banking (pemegang akaun GIRO sahaja).

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan UPU Sesi 2020
👉 Tarikh Pembelian No. Pin Unik ID UPU 2020

Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN

Untuk makluman penting seperti tarikh buka dan tutup pembelian boleh dirujuk di laman web BSN di Pembelian PIN BSN.

Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan panduan atau cara membeli No. Pin Unik UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN):

1. Kaunter BSN

Anda boleh pergi dimana-mana cawangan BSN disertakan membawa Kad Pengenalan dan duit bayaran No. Pin.

Info:
No. Pin Unik UPU di BSN bagi permohonan sesi 2019/2020 adalah sejumlah RM 15.60.

2. ATM (Automated Teller Machine)

  • Masukkan Kad dan No. Pin anda
  • Pilih Urusan 'Beli Pin'
  • Klik Jenis Permohonan - 'IPTA'
  • Pilih Jenis Program IPTA - 'SPM' atau 'STPM'
  • Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan
  • Semak Maklumat
  • Klik 'SETUJU' untuk meneruskan urusan dan 'BATAL' untuk membatalkan urusan
  • Selepas itu, jangan lupa cetak resit tersebut

Senarai Jenis Pembelian PIN

2. Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
4. Permohonan Kolej Komuniti KPTM dan
    Politeknik
5. Permohonan UiTM
6. Permohonan UNISEL
7. Permohonan Pinjaman PTPTN
8. Melanjutkan pelajaran ke Pusat
    Perubatan Universiti Malaya

Info Penting:
Senarai pembelian No. Pin Unik di BSN boleh dirujuk di 👉 Portal BSN.

Semoga perkongsian ini membantu anda membeli No. Pin Unik ID untuk permohonan kemasukan UPU!

No comments

Powered by Blogger.