Semakan Keputusan Tawaran UiTM 2023/2024 Online
Semakan Keputusan Tawaran UiTM 2023/2024 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan tawaran UiTM Sesi 1 tahun 2023 bakal diumumkan? Perhatian kepada pemohon yang membuat permohonan kemasukan ke program Asasi, Diploma & Sarjana Muda Senibina UITM (Universiti Teknologi MARA) ambilan tahun 2023/2024. Untuk makluman anda, semakan keputusan tawaran UiTM 2023/2024 boleh dibuat secara online pada 8 Julai 2023 jam 3:00 petang menerusi Portal Rasmi UiTM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Tawaran UiTM 2023/2024 Online buat rujukan anda.
Semakan Keputusan Tawaran UiTM 2023/2024 Online
Berikut dikongsikan maklumat meliputi tarikh dan aplikasi semakan keputusan tawaran UiTM:
Tarikh Rasmi Tawaran UiTM 2023/2024 Diumumkan
◾Tarikh Semakan: 8 Julai 2023 (Hari Sabtu)
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://online.uitm.edu.my/keputusan.cfm
Tarikh Penting Kemasukan UiTM Sesi 1 2023/2024
◾Tarikh Semakan Keputusan: 7 Julai 2023 (Hari Jumaat)
◾Tarikh Setuju Terima Tawaran: 8 Julai 2023 (jam 3:00 petang) - 16 Julai 2023
◾Tarikh Pendaftaran Dalam Talian: 8 - 23 Julai 2023
Semakan Keputusan Tawaran UiTM 2023/2024 Online
1. Semakan keputusan tawaran UiTM boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://online.uitm.edu.my/keputusan.cfm.
2. Klik pada icon "Semakan Keputusan Permohonan Ke UiTM".
3. Klik pada program pengajian yang terdapat diruangan. Masukkan No Kad Pengenalan yang didaftarkan dan klik pada butang "Semak".
4. Keputusan tawaran kampus UiTM akan dipaparkan di screen anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Tawaran UiTM, sila layari Portal Rasmi UiTM di pautan https://online.uitm.edu.my/
Unit Diploma dan Pra Diploma
No. Tel: 03 - 5544 3194/ 3196
Emel: pengambilan.diploma@uitm.edu.my
Selamat membuat semakan keputusan UiTM Ambilan tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UITM!
Post a Comment