Semakan Keputusan STPM 2022 Online (Rayuan)

Semakan Keputusan STPM 2022 Online (Rayuan)|BILAKAH tarikh rasmi semakan keputusan keseluruhan STPM 2022 bakal diumumkan? Perhatian buat calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2022. Untuk makluman anda, semakan keputusan STPM 2022 boleh dibuat secara online pada 13 Julai 2023 (Hari Khamis) jam 11:30 pagi menerusi Laman Web MPM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan STPM 2022 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan STPM 2022 Online (Rayuan)

Sedia maklum, seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2022 di 659 pusat peperiksaan di seluruh negara dengan 5,668 petugas peperiksaan dilantik. STPM merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC). Peperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan Universiti Awam (UA) dan diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa.


Semakan Keputusan STPM 2022 Online (Rayuan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan keseluruhan STPM 2022 secara online dan SMS termasuk keputusan rayuan:

Tarikh Rasmi Keputusan STPM 2022 Diumumkan

◾Tarikh Semakan: 13 Julai 2023 (Hari Khamis)
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://stpm.mpm.edu.my/stpmK/

Cara Semakan Keputusan STPM Tahun 2022

i) Semakan melalui sekolah

1. Calon Sekolah Kerajaan/ Bantuan Kerajaan/swasta boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STPM menerusi sekolah masing-masing mulai jam 11:30 pagi.

ii) Semakan secara online

1. Layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia secara online menerusi pautan di https://stpm.mpm.edu.my/stpmK/.

2. Kemudian, isikan No. Kad Pengenalan dan Angka Giliran diruangan yang disediakan.

3. Tekan pada butang "HANTAR" untuk mendapatkan keputusan STPM anda.

iii) Semakan melalui SMS

Taipkan:
◾STPM<jarak>No.K/P>Angka Giliran dan Hantar ke 15888 mulai jam 11.00 pagi pada 13 Julai 2023

Tarikh Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2022

1. Rayuan semak semula STPM 2022 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan setelah keputusan diumumkan.

Semakan Keputusan Semak Semula STPM

1. Keputusan semak semula akan diterima dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.

2. Semakan keputusan boleh dibuat secara online di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/.

Semakan Keputusan STPM 2022 Online (Rayuan)

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Keputusan STPM, sila rujuk Portal Rasmi MPM di pautan http://www.mpm.edu.my/ atau hubungi di talian 03 - 6126 1600.

Selamat membuat Semakan Keputusan Keseluruhan STPM 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM!

No comments

Powered by Blogger.