Permohonan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2023 Online

Permohonan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2023 Online|ANDA berminat bekerja sebagai penjawat awam di sektor kerajaan? Berita baik buat anda yang berkelayakan membuat permohonan kekosongan jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk makluman anda, permohonan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 (2023) boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup 16 Julai 2023 (Hari Ahad) pada jam 11.59 malam. Berikut dikongsikan Permohonan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2023 Online

Sedia maklum, menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat 1,304 kekosongan jawatan dan 2,200 simpanan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Permohonan jawatan kosong SPA9 hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui permohonan Borang SPA9 di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).


Permohonan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan permohonan jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11:

Tarikh Penting Permohonan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 (2023)

◾Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kekosongan: 1,304
Simpanan: 2,200

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan 2023

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi SPA9 menerusi pautan di https://spa9.spa.gov.my/login.

2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan. Klik pada butang "Log Masuk".

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2023

Permohonan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2023 Online

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 a. warganegara Malaysia; dan  
 b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
 c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred U11: RM1,204.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaaan.

Deskripsi Tugas

- Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Jawatan Kosong SPA9, sila layari Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA di https://spa.spab.gov.my/.

Selamat membuat Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan U11 di Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2023! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kerja kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)!

No comments

Powered by Blogger.