Permohonan Pinjaman WTU MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Pinjaman WTU MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan WTU MARA tahun 2023 bakal dibuka? Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di universiti terbaik dunia menerusi World Top University Programme (WTU) 2023. Untuk makluman anda, permohonan WTU MARA 2023 boleh dibuat secara online mulai 11 hingga 21 Julai 2023 menerusi Portal Rasmi MARA. Berikut dikongsikan Permohonan Pinjaman WTU MARA 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pinjaman WTU MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, program ini dilaksanakan untuk melahirkan bakal pemacu ekonomi profesional dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif serta boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Tempoh pinjaman bagi program ini adalah berdasarkan tempoh pengajian sebenar manakala bagi pemohon sedia ada, baki tempoh pengajian adalah tidak kurang dari 1 tahun. World’s Top Universities Programme (WTU) adalah program pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang peringkat ijazah sarjana muda bagi menyambung pengajian di Universiti terbaik dunia.


Permohonan Pinjaman WTU MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan WTU MARA termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Syarat Kelayakan WTU MARA 2023

Antara syarat kelayakan permohonan WTU MARA adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa bertaraf bumiputera dan warganegara Malaysia.

2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2023 adalah minima 19 tahun dan tidak melebihi 30 tahun untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda.

3. Pemohon belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat yang dimohon.

4. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian ke luar negara.

5. Pemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan MARA atau dari mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.

6. Pemohon, Ibu, Bapa, Penjaga dan Pasangan tidak di senarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh MARA.

7. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, tindakan undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pengajian atas masalah akademik dan disiplin.

8. Pemohon mendapat pelepasan/ penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai peletakan jawatan daripada majikan.

B. Syarat Khusus

1. Terbuka kepada pemohon yang telah mendapat surat tawaran daripada universiti atau sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

2. Bidang atau kursus yang diambil mestilah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Badan-badan Profesional di Malaysia.

3. Pemohon hanya boleh mengikuti bidang yang berkaitan dengan Economy, Business & Management, Engineering & Environment, Natural Science/ Medical Science, IT & Computer Science. Bidang selain dinyatakan diatas tidak termasuk di dalam program WTU.

4. Pendapatan keluarga (Ibu dan bapa/penjaga) tidak melebihi RM60,000 sebulan atau tidak melebihi RM600,000 pendapatan bercukai tahunan.

5. Syarat kelayakan akademik mengikut peringkat adalah seperti berikut:

– International Baccalaureate (IB): 35/45 pt

– A-Level: 13/15 pt

– Foundation/Asasi/Matrikulasi/Diploma/STPM atau setaraf: CGPA 3.6/4.0

– IELTS: Minima BAND 6.5 @ TOEFL: Minima 100 @ SAT: Minima 1200


Cara Permohonan WTU MARA 2023 Online

1. Layari laman web MARA secara online menerusi pautan di https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.

2. Kemudian, klik butang "Daftar Sekarang".

3. Masukkan setiap butiran yang diperlukan dan klik butang "Daftar Akaun". Log masuk dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan.

4. Pastikan isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul. Klik butang hantar borang permohonan anda.

5. Hanya pemohon disenarai pendek sahaja perlu mencetak borang permohonan dan hantar beserta dokumen berkaitan kepada pihak MARA pada tempoh yang akan ditetapkan.

Permohonan Pinjaman WTU MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Semakan Keputusan Pinjaman WTU MARA 2023 Online

1. Keputusan tawaran Pinjaman WTU MARA akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi Portal Rasmi MARA.

Permohonan Pinjaman WTU MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut lanjut berkaitan WTU MARA, sila layari Portal Rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/ atau emelkan ke alamat wtu@mara.gov.my @ ictbpp@mara.gov.my (bagi masalah teknikal semasa permohonan)

Semoga perkongsian Permohonan WTU MARA tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.