Permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) 2023 Online (Seluruh Negeri)

Permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) 2023 Online (Seluruh Negeri)|BILAKAH tarikh permohonan Pegawai Bomba Bantuan tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Pegawai Bomba Bantuan 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi www.bomba.gov.my. Berikut dikongsikan Permohonan Pegawai Bomba Bantuan 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) 2023 Online (Seluruh Negeri)

Sedia maklum, Khidmat Pegawai Bomba Bantuan (PBB) merupakan satu inisiatif menggalakkan orang awam yang berminat untuk mendaftarkan diri mereka dan sekiranya terpilih, perlu menjalani latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat. Mereka yang terpilih akan dibayar elaun sama seperti pasukan bantuan sedia ada ditubuhkan bagi meningkatkan kecekapan masa bertindak.

Permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) 2023 Online (Seluruh Negeri)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) 2023 Seluruh Negeri termasuk syarat kelayakan, kadar elaun dan semakan status:

Iklan Permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) 2023

A. Pegawai Bomba Bantuan Negeri Sabah 2023

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada Tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :-

1. Jawatan: Pegawai Bomba Bantuan (PBB)

2. Nama Balai:
a. Balai Bomba dan Penyelamat Ranau
b. Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan
c. Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan
d. Balai Bomba dan Penyelamat Tenom
e. Balai Bomba dan Penyelamat Sook
f. Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort
g. Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis        

3. Kadar Elaun: Elaun Pegawai Bomba Bantuan untuk jawatan yang diperlukan
◾Pegawai Bomba Bantuan - RM8.00/jam

4. Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memikili kelayakan seperti berikut:-

- Warganegara Malaysia;
- Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang betulis;
- Berumur tidak kurang dari 18  tahun pada tarikh permohonan dan tidak melebihi 35 tahun ;
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau berkelayakan yang berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
A. Tinggi sekurang-kurangnya 1.60m bagi lelaki dan 1.54m bagi wanita tanpa bersepatu;
B. Berat badan sekurang-kurangnya 49 kg bagi  lelaki dan 47 kg bagi wanita;
C. Mempunyai penglihatan yang baik;
D. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
E. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
- Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;
- Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 km daripada Balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.

5. Notis Kebenaran daripada Majikan:
Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat atau dalam web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.

Info Penting:
*Iklan permohonan Pegawai Bomba Bantuan 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Cara Permohonan Pegawai Bomba Bantuan 2023 Online (Seluruh Negeri)

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen / sijil-sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada alamat:-

IBU PEJABAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH
JALAN LINTAS, LIKAS
BEG BERKUNCI 30
88990 KOTA KINABALU
SABAH.

(UP : BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT)

4. Tarikh tutup permohonan: 28 April 2023

Permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) 2023 Online (Seluruh Negeri)

Semakan Status Pegawai Bomba Bantuan 2023 Online

Berikut dikongsikan Semakan Status Pegawai Bomba Bantuan PBB tahun 2023:

1. Layari Portal Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia secara online menerusi pautan di www.bomba.gov.my.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pegawai Bomba Bantuan, sila hubungi di alamat:

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA LEBUH WAWASAN,
PRESINT 7, 
62250 PUTRAJAYA

No. Tel: 603-8892 7600
E-mel: korporat@bomba.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Pegawai Bomba Bantuan 2023 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Pegawai Bomba Bantuan!

No comments

Powered by Blogger.