Semakan Harga Tiket Air Asia 2023 (Cara Beli Tiket Murah)

Semakan Harga Tiket Air Asia 2023 (Cara Beli Tiket Murah)|BERAPAKAH harga tiket terkini AirAsia bagi tahun 2023? Bagaimana cara beli tiket murah Air Asia tahun 2023? Perhatian buat anda pengguna AirAsia yang ingin ketahui semakan harga tiket dan cara beli tiket murah Air Asia tahun 2023. Berikut dikongsikan Semakan Harga Tiket Air Asia 2023 buat rujukan anda.

Semakan Harga Tiket Air Asia 2023 (Cara Beli Tiket Murah)

Sedia maklum, AirAsia ialah Capital A Berhad yang beroperasi sebagai AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah Malaysia yang juga penerbangan tambang murah pertama di Asia. Kumpulan AirAsia beroperasi penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah LCCT di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pejabat berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya, Selangor manakala ibu pejabatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Misi AirAsia ialah untuk membolehkan semua orang terbang. Sejak tahun 2001, AirAsia telah memberikan perkhidmatan bertaraf dunia dengan harga tambang rendah kepada lebih daripada 600 juta tetamu di seluruh Kawasan Asia Pasifik, membuktikan bahawa kos rendah tidak bermaksud kualiti rendah dan perjalanan udara tidak semestinya mahal.


Semakan Harga Tiket Air Asia 2023 (Cara Beli Tiket Murah)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Harga Tiket AirAsia termasuk harga promosi tiket dan cara beli/booking tiket murah Air Asia tahun 2023:


Semakan Harga Tiket Air Asia 2023 (Terkini)

1. Pengguna perlu layari Portal Rasmi AirAsia secara online menerusi pautan di https://www.airasia.com/ms/my dan klik pada butang "Log Masuk/ Daftar".

2. Kemudian, masukkan alamat emel dan kata laluan yang disahkan dan klik pada butang “Log masuk”.

Semakan Harga Tiket Air Asia 2023 (Cara Beli Tiket Murah)

3. Untuk membuat tempahan tiket flight Air Asia, klik pada bahagian “Penerbangan” dan pengguna perlu memasukkan destinasi penerbangan, tarikh penerbangan dan bilangan penumpang. 

Semakan Harga Tiket Air Asia 2023 (Cara Beli Tiket Murah)

4. Klik pada butang “Cari”. Senarai penerbangan pada tarikh yang dipilih akan dipaparkan seperti rajah dibawah ini untuk tujuan penempahan Air Asia booking ticket.

5. Anda perlu pilih dan klik pada butang “Pilih” pada penerbangan yang sesuai dengan bajet dan masa pengguna.

Semakan Harga Tiket Air Asia 2023 (Cara Beli Tiket Murah)

6. Seterusnya, pengguna perlu memasukkan butiran maklumat yang dikehendaki dan klik pada butang “Teruskan” untuk membuat pembayaran.

7. Pembayaran perlu dibuat dengan segera untuk tujuan penempahan tiket tersebut. Penempahan tiket AirAsia yang berjaya akan dihantar menerusi emel pengguna.


Cara Beli Tiket Murah AirAsia Tahun 2023

Berikut dikongsikan Tips Cara Beli dan Booking Tiket Murah Flight Air Asia tahun 2023:

1. Sentiasa Check Aplikasi AirAsia

- Anda perlu sentiasa check Aplikasi AirAsia selalu sebab kadang-kadang dekat apps diorang sudah iklankan awal promosi tiket murah di homepage AirAsia sebelum mereka war-warkan ke media sosial.

- Apabila anda jadi yang terawal yang tahu promosi tersebut, potensi untuk “grab” tiket murah adalah lebih tinggi berbanding orang lain.

2. Elakkan Beli Pada Waktu Puncak 

- Jangan sesekali cari tiket pada hari-hari perayaan yang utama disebabkan agak mustahil untuk anda mendapatkan harga tiket murah pada waktu tersebut kerana “demand” adalah sangat TINGGI!

- Sebaiknya anda perlu cari pada hari-hari biasa (weekdays) yang bersambung ke hujung minggu (weekend). Potensi untuk mendapatkan harga murah adalah sangat tinggi pada hari-hari tersebut.

3. Pilih Penerbangan Pada Awal Pagi

- Kebanyakkan tiket Air Asia yang paling murah adalah pada waktu awal pagi. Ia disebabkan tidak ramai penumpang yang akan memilih untuk terbang pada waktu tersebut.

- Hal ini akan menyebabkan AirAsia terpaksa menjual tiket tersebut dengan harga yang lebih murah untuk menarik lebih ramai lagi penumpang pada waktu penerbangan tersebut!

4. Jadi Subscriber AirAsia

- Pastinya AirAsia akan melayan pelanggan dan pengikut setia terlebih dahulu. Sudah pastinya jikalau ada sebarang berita gembira, mereka akan warwarkan kepada pengikut newsletter terlebih dahulu.

- Hal ini anda disarankan perlu "SUBSCRIBE" email mereka. Kebiasaanya mereka akan update berita terkini mengenai harga tiket murah airasia melalui email yang dihantar kepada anda.

5. Alert Dengan Free Seat AirAsia 

- Setiap tahun AirAsia bakal mengadakan promosi secara besar-besaran untuk ke destinasi yang terpilih.

- Promosi “Free Seat” ini ialah kita hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan levi penerbangan yang ditetapkan oleh sesebuah negara sahaja. Jadi anda perlu alert apabila promosi ini akan berlangsung nanti.

6. Clearkan Cache

- Sekiranya anda pernah melawat Laman web Air Asia untuk survey harga dan meninggalkan web tanpa melakukan apa-apa tranksaksi, akan ada kesan pada masa akan datang.

- Anda perlu tahu selepas anda meninggalkan portal mereka, sebenarnya Air Asia berjaya menjejak anda. Itu sebablah anda melawat kali kedua portal AirAsia, harga yang anda pernah survey sebelum sudah jadi lain, harga tiket Air Asia murah akan terus meningkat.

7. Beli Tiket Lebih Awal

- Anda disarankan sekiranya anda mahu beli tiket 6 bulan hingga 12 bulan lebih awal. Sekiranya anda beli pada harga saat akhir, semestinya anda tidak akan dapat harga yang murah sepertimana anda harapkan!


Senarai Harga Promosi Tiket AirAsia 2023

*Akan dikemaskini


Soalan Lazim AirAsia

1. Apakah promosi AirAsia untuk 2023?

Kesemua promosi untuk 2023 tertera pada laman ini. Silih pilih dengan memetik pautan berkenaan untuk menikmati tawaran terbaik untuk tiket penerbangan atau melawati laman untuk tawaran hebat bagi bilik hotel, diskaun belian makanan, barangan runcit, barang bebas-cukai dan banyak lagi. Harga termurah menanti anda!

2. Bagaimana caranya untuk menggunakan Kod Promo AirAsia?

Gunakan kod promo dengan mengisikannya dalam petak di sebelah produk yang ingin dibeli / ditempah. Anda juga boleh menggunakannya dalam petak kod promo di laman bayaran

3. Kenapa kadang-kadang kod promo AirAsia, baucar dan diskaun tidak dapat digunakan?

Ini mungkin terjadi kerana masalah salah ejaan, tarikh luput, had penggunaan (siapa cepat, dia dapat), isu teknikal dan sebagainya. Sila hubungi pihak kami di sini untuk bantuan.

4. Siapakah yang boleh membantu jika saya menghadapi sebarang masalah mengenai promosi AirAsia.

Sila layari laman bantuan kami di sini untuk sebarang pertanyaan mengenai masalah promosi AirAsia.


Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Promosi AirAsia, sila layari laman web AirAsia di https://www.airasia.com/flight/

Semoga perkongsian Semakan Harga Tiket Air Asia tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.